Tentu kita merasa sangat hairan mengapa puak Syiah membenci para sahabat Rasulullah saw? apa yang menyebabkan perasaan marah mereka menjadi-jadi sehinggakan mereka mereka doa-doa semata-mata untuk mencerca sahabat-sahabat yang dikasihi oleh baginda Rasul. Di bawah ini adalah keterangan oleh YBhg Dr. Basit mengenai perkara tersebut.
Sebab utama mereka mengisytiharkan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai kafir kerana mereka dianggap merampas jawatan khalifah daripada Saidina Ali. Para sahabat lain mengiktiraf kekhalifahan mereka juga turut diisytiharkan kafir.
Kedengkian mereka terhadap para sahabat Nabi membuatkan mereka mengutuk golongan yang dikasihi Nabi ini. Bahkan bagi mereka, salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan cara mengutuk para sahabat secara melampau.
Al-Mulla Kazim meriwayatkan daripada Abu Hamzah al-Tsumali atau nama samarannya Zainal Abidin. Dia mengatakan:
“Sesiapa mengutuk al-jibt adan al-thagut (maksudnya Abu Bakar dan Umar) dengan satu kutukan, maka Allah mencatat baginya tujuh puluh juta pahala, dan dihapus baginya tujuh puluh juta keburukan, serta dinaikkan darjatnya dengan tujuh puluh juta tingkat. Dan sesiapa mengutuk mereka berdua pada waktu petang dengan satu kutukan, maka Allah mencatatkan bagi mereka ganjaran yang sama.”
Mereka turut mengeluarkan kata-kata cacian dan laknat yang dijadikan dalam bentuk doa. Ia dinamakan “Doa Dua Berhala” yang melaknat Abu Bakar dan Umar sebagai dua pendusta dan dua anak perempuannya Aisyah dan Hafsah.
Seluruh Umat Islambahkan semua penganut agama samawi pasti mengetahui dengan jelas bahawa mengutuk dan melaknat bukan satu bentuk ibadah. Malah Allah tidak disembah dengan cara mengutuk iblis terkutuk yang telah diusir daripada rahmat Allah dalam bentuk wirid khusus. Namun, inilah yang dilakukan oleh kaum Syiah Rafidah ketika melaknat Abu Bakar dan Umar.
No comments:
Post a Comment