11 September 2013

Lukisan Menghina Islam

Hari Kebangsaan baru-baru ini telah dicemari dengan sebuah lukisan seperti di sebelah ini. Lakaran pada lukisan tersebut menunjukkan mesej penghinaan dengan menyebut I for Idiot
seolah-olah menyatakan Islam untuk orang bodoh.

Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata "Memang mereka telah diberi kebenaran untuk menganjurkan pameran itu tetapi bukan untuk lukisan tersebut kerana mereka memang tidak tunjuk kepada kita dan (ia) dibawa masuk secara sembunyi,"

Beliau juga memaklumkan bahawa "Kes ini masih dalam siasatan polis dan tindakan kepada penganjur akan diambil berdasarkan hasil siasatan polis," katanya selepas melancarkan Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Muzium Negara di sini semalam.

Beliau juga berkata bahawa tindakan penganjur boleh dipersoalkan kerana ia sepatutnya merujuk kepada Balai Seni Visual sebelum lukisan itu dibenarkan untuk pameran.

Namun menurutnya penganjur pameran itu masih dibenarkan untuk meneruskan aktiviti itu sehingga tarikh akhir sebaik lukisan kontroversi itu ditarik balik dan pihaknya akan melihat jika ada keperluan pada masa depan untuk mengetatkan pengeluaran lesen bagi pameran seperti itu.

No comments: