14 April 2012

Melawat Mak Lang di Kesang

Pagi ini saya, emak dan Ain keluar ke Pengkalan Minyak dan setelah balik dari berurut (urut kaki dengan seorang tabib Cina) di Pengkalan Minyak, kami singgah sebentar ke rumah Mak Lang untuk menziarahi dan melihatnya yang baru sahaja keluar dari Hospital. Mak Lang adalah adik mak yang tinggal di Kampong Kesang Luar. Foto sebelah mak dengan Mak Lang. Biasanya Mak Lang ceria dan masih boleh bekerja tapi bila melihat dia kurang sihat kesian pula. Kata doktor paru-paru Mak Lang dijangkiti kuman dan mengikut anaknya Rohana mungkin disebabkan oleh kucing. 


Mak Lang seperti juga keluarga saya memang sayangkan kucing dan dia banyak memelihara kucing. Mungkin itu yang menyebabkan jangkitan tersebut atau sebab-sebab lain. 


Jalan penyelesaian yang diambil oleh anak menantunya adalah dengan membina rumah kucing yang berpisah dari rumah ibu. Semoga ikhtiar ini berjaya dan semoga Mak Lang lekas sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa. Kami memanjatkan doa khusus untuknya.

No comments: