Kesabaran perkara yang subjektif untuk dibincangkan, ianya berbeza antara seorang ke seorang yang lain dan ada juga ahli sosiologi yang berpendapat kesabaran juga berbeza antara kaum dan bangsa. Saya tidak berhasrat hendak membincangkan kesabaran dari pespektif kaum dan bangsa tetapi saya hanya ingin mencurahkan apa yang saya rasa kini, apa yang terbuku dalam hati saya. Ada kalanya kesabaran manusia amat terbatas, banyak faktor yang menyebabkan kesabaran yang sekian lama dipertahankan tiba-tiba hancur berderai bagaikan kaca yang terhempas ke batu. Saya sendiri mempunyai sikap yang menghampiri perfectionise, tetapi tidak suka untuk menyelesaikan banyak (didifinasikan oleh saya melebihi 2) isu/ masalah yang sudah ditinggalkan begitu lama. Tugas sebegini mengambil masa yang lama untuk saya memahami sesuatu kejadian dan ia memerlukan kesabaran dan kecekapan di samping imajinasi yang tinggi untuk menyelesaikan isu/ masalah berbangkit.
Sikap perfectionise bercampur dengan lojik membuatkan perasaan membuat kerja 'membersihkan sampah' lama menekan perasaan saya kerana kerja yang tidak menampakkan kejayaan dalam masa yang singkat.... Tetapi siapa saya yang hendak menolaknya, apabila semua pihak telah bersetuju supaya saya menyelesaikan kerja-kerja tersebut. Dalam paksa rela saya lakukan juga. Saya harap semuanya dapat disempurnakan dengan baik dan semua orang akan berpuashati.
Dalam Islam sabar separuh daripada iman.
No comments:
Post a Comment