Kota Rasul di siang hari Tahun 2006 |
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah" itulah shahadah yang Muslimin ucapkan sekurang-kurang 9 kali sehari, itupun kalau solat fardu ditunaikan.
Baginda Rasulullah S.A.W merupakan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia sejagat dan baginda adalah insan orang yang paling dikasihi dan sangat hampir dengan Allah. Justeru itu, sebagai pemimpin agung yang dikasihi Allah, kita umat baginda wajib mencintai Rasulullah S.A.W sebagai cinta kedua selepas mencintai Allah seperti mana yang disebut dalam Al Quran yang bermaksud:
Kota Rasul di malam hari, 2006 |
Katakanlah: “Jika kamu [benar-benar] mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang". (Ali-’Imran:31).
Maksud Cinta Kepada Rasulullah S.A.W
Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan bahawa: “Ayat ini merupakan kayu ukur kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah S.W.T tetapi tidak pula berada di atas jalan Nabi Muhammad, bahawa sesungguhnya dia berdusta dalam dakwaannya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad di dalam keseluruhan percakapan dan amalannya.”
Ya Habibi |
“Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Nabi), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya [Al-Qur'an], mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raaf: 157)
Bagaimana Caranya Sewajarnya Mencintai rasulallah SAW
1. Bagi saya untuk menjelaskan cara mencintainya Rasul adalah dengan menyebut namanya selalu dalam erti kata yang kain, perbanyakkanlah selawat ke atas namanya, doakan kesejahteraannya walaupun kita tahu bahawa Allah telah menyediakan tempat rehat bagainda yang paling baik dan sempurna.
2. Lakukan/ amalkan/ ikut/ tiru apa sahaja yang dilakukan oleh bagainda tanpa mengambil setengah-setengah yang selesa dengan kita. Memang ini adalah perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan, walau bagaimanapun cubalah... Mencintai apa-apa yang dicintai Rasulullah S.A.W dan membenci apa-apa yang dibenci Rasulullah S.A.W.
3. Baginda Rasul meninggalkan kita yang tidak pernah dikenalinya dengan rasa sedih dan bimbang akan keteguhan iman kita, jadi berjanjilah pada diri kita dan kepada baginda bahawa kita akan mengikut laluan yang telah disediakan, di samping kita meneruskan perjuangannya dengan menyampaikan ajarannya kepada sesiapa sahaja.
4. Jika kita diberikan Allah rezeki dan masa, kunjungilah baginda di kotanya. Pasti apabila berada di sana dan merenung kubahnya membuatkan hati kita menjadi sangat dekat dengan baginda, berbuallah dengan baginda pasti baginda mendengarnya. Saya menceritakan pengalaman saya semasa mengunjungi baginda.
5. Mengenali keperibadian Rasulullah S.A.W dan menghayati sejarah hidupnya, sekarang ini buku-buku menceritakan sirah Rasul terlalu banyak untuk kita pilih.
6. Yang paling utama pertahankan Rasulullah S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan ajaran islam daripada dihina dan diperlekehkan musuh-musuh Islam.
Syafaat Rasulullah S.A.W
Sekiranya kita banyak menyebut nama baginda (berselawat) baginda akan mengenal kita nanti terutamanya semasa semua umat manusia berada di Padang Masyhar. Dalam kepanasan dan tidak keselesaan Allah S.W.T mengurniakan kepada kita syafaat baginda Rasul di mana ketika itu semua manusia hanya memikirkan akan diri sendiri. Dengan adalah Syafaat Agung baginda S.A.W akan membebaskan manusia terpilih daripada ketidakselesaan dan kegelisahan di mahsyar. (Riwayat Bukhari)
Apakah perjuangan kita di dunia ini... untuk kepentingan diri sendiri, negara atau agama? Fikirlah sendiri....
Walallahualam.....
No comments:
Post a Comment