09 April 2012

Ambik Wuduk - Pesanan Ayah

Setiap hari saya akan mengingati ayah terutamanya ketika  mengambil wuduk. Kata ayah selain dari wuduk itu untuk mengerjakan solat, sebaliknya perbuatan semasa mengambil wuduk juga adalah untuk memohon kepada Allah supaya anggota tubuh yang terkena air wuduk itu dipelihara oleh Allah dari perbuatan/ perlakuan di dunia dan terpelihara anggota-anggota itu dari api neraka. 

Kata ayah ketika menyentuh air untuk mengambil wuduk niatkanlah di dalam hati kita:

1. Ketika berkumur - "Ya Allah, jadikan semua perkataan ku mudah difahami dan ampunilah dosa mulut dan lidahku".

2. Ketika membasuh muka - "Ya Allah, berikan keserian dan putihkanlah wajah mukaku di dunia dan di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan - "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri - "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala - "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga - "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini dan peliharalah ianya dari mendengar perkara-perkara maksiat".

7. Ketika membasuh kaki kanan - "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri - "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Semoga ayah dikurniakan pahala daripada pahala sesiapa yang mengamalkannya. 

Walallahualam.

No comments: