29 April 2012

BERSIH Yang Sangat Kotor

Saya memahami dengan hasrat hati pemimpin sesebuah parti politik yang memang nak menjadi pemimpin negara, dan berbagai-bagai cara akan dilakukan bagi memastikan hasrat mereka tercapai, termasuklah berkerjasama dengan beberapa parti lain untuk memastikan mereka boleh menang dengan majoriti. Ini yang berlaku di Malaysia tak kiralah sama ada parti yang memerintah negara mau pun pembangkang. Tetapi jika ingin berjuang, biarlah mempunyai pegangan/ ideolgi yang jelas dan bukannya untuk mencari kemenangan walaupun jalan yang diikut adalah salah dan songsang.


Pada saya Parti Pas dulu memang sebuah parti yang bermaruah, walaupun tidak menang sehingga boleh memerintah negara, namun pasti ini pernah menjadi seperti 'pengawas' bagi saya kerana dengan adanya parti ini ada 'check and balance' kepada parti memerintah, tetapi kini selepas parti ini bersatu dengan parti pembangkang yang lain yang pada saya sangat tidak boleh pakai dan sangat tidak releven, nampaknya Pas juga semakin hari terpaksa mengikut jejak adik-adik angkatnya. Inilah kelemahan orang Melayu, apabila bergabung orang Melayu akan jadi pak turut. Betapa hebatnya tektik, teknik dan strategi sekutu mereka. Yang paling malang lagi, mereka sudah tidak nampak jalan yang tersilap tersebut. Pada pendapat saya keadaan menjadi semakin menyedihkan dan sangat malangnya apabila semakin hari semakin jauh perginya Pas sehinggakan dijadikan 'askar upahan' untuk 'menyerang' Kerajan. BERSIH yang tidak bersih ini yang dipimpin oleh seorang perempuan hindu dan disokong pula oleh ulama-ulama Islam... yang saya nampak seperti berada dalam keadaan terdesak. Isu yang diperjuangkan mereka antara lain adalah menyokong seks bebas diamalkan di negara ini... astagfirulallah!! benci dan gelinya saya.


Tolong fikirkan semula oleh semua bangsaku, bahawa tanah ini adalah Tanah Melayu yang penduduk asal orang Melayu beragama Islam, tanah ini adalah tanah moyang kita, bukan kita yang patut bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri. 


Kalau Rasulallah melihat apa yang berlaku... apa agaknya katanya apabila ada ulama yang terlibat dalam memperjuangkan kebebasan amalan seks bebas... malunya. Negara ini masih negara Islam.... dan akan kekal Islam buat selamanya. Itu yang patut difikirkan dan bukannya untuk membenarkan lelaki bercinta sesama lelaki dan begitu juga seterusnya... Jangan kita terpaksa tinggal bersama keturunan Nabi Lut.... akan dilaknat Allah nanti.

No comments: