Maaflah kalau saya katakan penambahbaikan SSM yang baru dikeluarkan tidak cukup baik dan tidak cukup adil untuk semua penjawat awam, 'SSM+' ini masih lagi menunjukkan ketidakadilan dengan memihak kepada sesuatu golongan sahaja. Dalam ertikata yang lain boleh saya tafsirkan bahawa SSM+ gagal melihat secara holistik akan kehendak pa dan inspirasi YAB PM.
Saya tidak mampu untuk melahirkan segala apa yang ada dalam hati saya di sini, tetapi yang jelasnya saya amat sebak dan sakit hati dengan hasil jawatankuasa mengkaji semula SBPA yang dipimpin oleh Tan Sri Ismail Adam, walaupun di awal pelantikannya saya sudah menjangkakan bahawa hasil jawatankuasa ini mesti ada diskriminasi walaupun sedikit. Saya pernah melahirkan pendapat saya ini dalam fb. Tapi apakan daya, saya hanya seorang pa yang tidak ada nama, tidak ada kedudukan tetapi saya punya hati.
Apabila pekeliling ini disiarkan malam semalam, saya baca dan membuat perbandingan semula antara Gred M41, M44 dengan Gred N32 dan N36. Mengapa saya buat perbandingan hanya kepada gred-gred di atas sahaja, ini adalah kerana gred-gred tersebut membuat kerja yang hampir sama di kebanyakan kementerian dan jabatan. (Dulu Gred M memang layak menjadi bos kepada N kerana ilmu dan pengalaman yang tidak dapat disangkal, kini rata-rata PTD Gred M41 dan M44 terlalu banyak kekurangan sehinggakan pegawai bawahan merasakan mereka ini tidak reliable langsung). Maaflah kalau saya katakan kualiti pegawai PTD kini sudah banyak kekurangan. Jika perkara ini tidak dibendong saya bimbang golongan yang dianggap elit oleh PTD takut hidup dalam dunia mereka sendiri tetapi disisihkan oleh kumpulan lain tanpa mereka sedar. Ini bukan pandangan kosong saya, bagi pegawai PTD cuba lihat sekeliling, pernahkah idea, pandangan dan pendapat tuan/ puan diambil sambil lewa dan lebih buruk lagi dikecam dan dikeji oleh pegawai dalam 'kumpulan' lain.
Berbalik semula kepada SSM+ yang saya katakan tidak mengiktiraf tempoh lamanya berkhidmat oleh penjawat awam yang lain. Tidak melampau kalau saya katakan perkhidmatan golongan penjawat awam yang lain bagai tidak dihargai dan diakui oleh Kerajaan. Mengapa saya katakan begitu? tentu saya ada sebab saya yang tersendiri, yang saya terjemahkan dari pekeliling ini. Gred M41 baru bekerja dalam 1 - 3 tahun, tiada pengalaman sudah tentu upahnya sepatutnya jauh lebih kurang dari N32 dan N36 yang sudah bekerja lebih dari 10 tahun. Macam mana Tan Sri Ismail Adam dan jawatankuasanya membuat analisis dan memutuskan KGT M41 lebih jauh tingginya dari N36 sedangkan kerja yang dilaksanakan oleh kedua-dua ini lebih kurang sahaja, malahan kebanyakan N telah menjadi 'sifu' kepada M41 yang baru masuk kerja. Yang lebih kelakarnya apabila M41 membuat laporan prestasi N32 dan N36 dan mensyorkan "pegawai ini perlu diberi bimbingan untuk lebih maju" N32 dan N36 dah naik pangkat dan lulus beberapa peperiksaan kena bimbingan lagi ke?, bagaimana pula dengan mereka yang baru sahaja masuk kerja.
Kalau kawan-kawan nak tahu, ini jugalah faktor yang membuatkan ramai pegawai-pegawai yang memang telah terbukti keupayaan dan khidmat mereka rasa demoralize dan tidak dihargai. Tetapi adalah JPA sedar akan perkara ini??????????

No comments:
Post a Comment