12 July 2012

TruLove - My Parents


Sudah 3 tahun setengah ayah yang kami dikasihi kembali ke pangkuan Allah SWT. Selama itu jugalah emak saya kehilangan sahabat baiknya. Boleh dikatakan mereka tidak pernah berpisah selepas mereka berkahwin pada tahun 1957, dan kewafatan ayah saya pada hujung tahun 2008 adalah pemisah buat mereka. Apa lagi apabila ayah pergi secara tiba-tiba sahaja kerana ayah hanya sakit genap sebulan sebelum menemui Penciptanya. Kini hidup emak macam tak bermakna, tak banyak yang emak nak lakukan kini hanya melayan umur yang masih ada di badan.

Saya sangat kasihan melihatkan emak melalui hidupnya sendirian kerana kami masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Saya pernah berhasrat untuk berhenti kerja dan tinggal bersama dengan emak di kampong, tetapi emak tidak setuju dengan cadangan saya.... dan kini sudah 3 tahun lebih saya menunggu jawapan daripada JPA bagi pertukaran saya ke mana-mana Kementerian dan Jabatan Kerajaan di negara itu. Mungkin belum ada rezeki dan/ atau Allah mempunyai rancangan terbaik untuk keluarga kami.

Bagi saya semua foto ayah sangat berharga....

No comments: