22 July 2012

Kewajipan-Kewajipan Puasa Yang Bersifat Lahiriah

Kalau nampak anak bulan insyallah esok kita dah puasa atau pun kalau tidak insyallah lusalah kita mula berpuasa. Alhamdulillah jumpa juga kita dengan Ramadan tahun ini dan harap-harap Allah memanjangkan lagi usia kita untuk berjumpa dengan Ramadan tahun-tahun akan datang. Ahlanwahsahlan ya Ramadan...


Setelah setahun, mungkin ada yang terlupa beberapa perkara di dalam menjalani ibadah puasa yang berkualiti dan diterima Allah sepenuhnya, saya mengingatkan diri sendiri dan semua saudara-saudaraku perkara-perkara yang perlu diketahui. Mengikut ulama dan guru-guru agama ada 6 perkara yang harus diketahui dalam kewajipan melaksanakan ibadah puasa yang bersifat lahiriah.

1. Mengetahui permulaan bulan Ramadhan. Kita di Malaysia mudah kerana Kerajaan menyediakan badan tertentu untuk melihat anak bulan. Kalau tidak puaslah kita melihat sendiri - takut-taku anak bulan tak mahu keluar sebab ramai yang intai dia. Ada kalanya anak bulan ditutup oleh awan. Jadi Kerajaan kita melalui Majlis fatwa dan cerdik pandai Islam mengambil inisiatif untuk membuat pengiraan. Kalau tidak pun islam amat mudah di mana kita perlu mengambilkira hanya 30 hari bulan Syaban. Barang siapa yang mendengar berita dari orang yang dianggap adil bahawa ia telah melihat anak bulan, maka wajiblah ia memulai ibadah puasanya, walaupun hakim agama tidak memberikan keputusan sebagaimana yang dipercayainya itu.

Manakala untuk menetapkan tarikh 1 Syawal, anak bulan harus disaksikan oleh 2 orang yang adil. Tujuannya adalah untuk lebih berhati-hati dalam mengamalkan ibadah puasa itu.

2. Berniat. Niat ini haruslah dilakukan pada setiap malam bulan ramadhan, dan niat itu pula wajiblah ditentukan secara pasti, misalnya berniat untuk mengerjakan kewajipan puasa ramadhan kerana Allah swt.

3. Menahan diri dari memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam perut. Puasa menjadi batal apabila dengan sengaja seseorang itu makan, minum, memasukan ubat dari hidung atau dari dubur (rongga pada tubuh badan). Sebaliknya tiidak terbatal jika bercelak, bersugi atau memberus gigi. Bagaimana pula sekiranya secara tidak sengaja termasuknya debu ke dalam tubuh atau termasuknya lalat ke dalam mulut. Ada kalanya pabila seseorang itu berkumur-kumur termasuk sedikit air ke dalam tubuh secara tidak sengaja juga tidak membatalkan puasa, yang penting berkumur-kumur tidak dilakukan dengan keterlaluan.

Sekiranya seseorang itu terlupa bahawa dia sedang berpuasa maka dia makan, minum dan lain-lainnya, maka tiadalah terbatal puasanya.

4. Menahan diri dari melakukan persentubuhan. Jika pasangan suami isteri melakukan junub pada waktu malam hari atau bermimpi sehingga mengeluarkan air mani, dan masih dalam keadaan junub juga ia tidak membatalkan puasa. tetapi hendaklah secepat mungkin mandi hadas besar.

5. Menahan diri dari sengaja mengeluarkan air mani (istima’). Jika keluar air mani secara bersetubuh atau dengan jalan lain adalah membatalkan puasa. Tetapi jika seseorang itu mencium isterinya atau tidur dan bersenda gurau dengan isterinya selama tidak mengeluarkan air mani, puasanya masih sah tetapi hukumnya adalah makruh. Baiklah dielakkan.

 6. Menahan diri dari mengeluarkan muntah. Kalau berlaku dengan sengaja, maka batallah puasanya, tetapi jika tidak disengajakan, maka tidaklah batal puasanya. Bagi seseorang yang menelan kahak dari kerongkongnya atau dadanya, tidak terbatal.

No comments: