23 July 2012

3 Tingkatan Manusia Dalam Mengerjakan Puasa

Assalamualaikum saudara-saudaraku, selamat berpuasa dan abgaimana dengan puasa anda sekelian... hari ini dah masuk hari ke3 kita berpuasa... Jom saya nak kongsikan ilmu ini yang saya dapat lama dulu. Kalau saudara-saudaraku ingin mengetahui bahawa dalam mengerjakan ibadah puasa itu, ada 3 tingkatan manusia, apakah dia dan di mana tingkatan kita?

1. Puasa Orang Awam

Jenis manusia ini hanya sekadar menahan diri dari memenuhi nafsu syahwat seperti, makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dan lain-lain sebagaimana yang telah dijelaskan. Silap-silap manusia jenis ini hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Janganlah kita dalam kumpulan ini.

2. Puasa Orang Khusus.

Mereka dalam tingkatan ini apabila berpuasa dia menahan diri dari makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dan perkara-perkara yang dilarang, serta ditambah pula dengan menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan lain-lain daripada perbuat dosa.

3. Puasa Orang Khusus Yang Tinggi.

Di samping menahan diri dari perkara-perkara di atas kumpulan manusia ini juga berusaha untuk mencegah dari perkara-perkara yang bersifat keduniaan sehingga fikiran dan tindakan mereka hanya mencari keredhaan dan kerana Allah swt semata-mata. Bagi orang yang telah sampai tingkatan puasanya seperti ini, ia akan menganggap batallah puasanya sekiranya dia memikirkan perkara-perkara keduniaan kecuali pemikiran tentang keduniaan itu mendorongnya untuk pemahaman tentang keagamaan, kerana hal tersebut dianggap sebagai tanda ingat kepada akhirat dan tidak termasuk kepada yang bersifat duniawi. Masyallah

Tingkat puasa ini umunya hanya dapat dicapai oleh para rasul, para wali Allah dan mereka yang selalu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Walaupun begitu apa salahnya jika kita mencuba untuk mencapai tingkatan ini.

No comments: