18 July 2012

5S JPNWP - Gotong Royong 1

Pada 14hb Julai 2012 yang lepas, iaitu pada hari Sabtu jabatan saya telah melancarkan 1 aktiviti dalam menghidupkan Program 5S yang baru hendak dilaksanakan di Jabatan ini. Seawal jam 7.30 pagi kami beramai-ramai telah melapurkan diri di Auditorium untuk mendengar ceramahan yang disampaikan oleh Encik Semawi Zakaria dari Malaysia production Corporation (MPC) dengan tajuk ceramahnya Amalan Persekitaran Berkualiti.. bagus ceramahnya, penuh dengan ilmu bermanfaat.
Sabahat-sahabat saya Puan Nur Hijjah, Puan Radzita dan Puan Raja juga tidak ketinggalan menghadirkan diri. Pada hari ini saya berpeluang untuk melihat pelbagai fesyen dan gaya, maklumkan hari ini pakaian adalah smart casual juga ramai yang mengenakan pakaian berseluar - mudah untuk bergerak dan mengemas nanti. Saya sendiri juga mengenakan slack dan dress pendek.


Cik Surayati yang lebih mesra dengan panggilan Nina, saya di sebelahnya dan Hijjah, kami sempat berfoto sementara mendengar ceramah. Foto ini buat kenang-kenangan untuk kami.
Walaupun program ini dibuat pada hari Sabtu, tetapi kedatangannya agak menggalakkan. Memandangkan Y.Bhg. Pengarah Pelajaran tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadairi acara rasmi yang lain tetapi acara yang sudad ditetapkan ini terpaksa juga diteruskan.


Semoga impian untuk menjadikan Program 5S berjaya dilaksanakan di jabatan ini. 

No comments: