Walaupun begitu Allah Swt mengurniakan juga kenikmatan yang sangat besar kepada seluruh hambanya terutamanya dalam mematahkan usaha dan tipu daya syaitan. Iblis dan syaitan sangat bencikan muslim yang berpuasa samada puasa di bulan Ramadan ataupun berpuasa sunat. Kerana dengan puasalah kita dapat menghampakan dan membuatkan iblis dan syaitan sakit hati.
Puasa juga merupakan amalan yang menjadi benteng bagi muslim. Orang yang berpuasa adalah orang yang sabar, jadi peliharalah diri semasa melaksanakan ibadat ini di mana Allah berfirman yang bermaksud: “ Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang mendapat pahala tanpa ada hitunganya.” (Az-Zumar : 10) begitu juga dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Puasa adalah separuh kesabaran.” - HR. Tarmizi; Ibn Majah
Allah juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa mereka akan dapat bertemu dengan Allah, sebagai balasan dari puasa yang dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw “Ada 2 macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya.” (HR. Bukhari; Muslim) Firman Allah juga yang maksudnya: “Seorangpun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajadah : 17)
Keistimewaan adalah seperti berikut:
1. Ibadah puasa adalah merupakan ibadah pengekangan diri dari melakukan dosa, nikmat dan rahsia puasa itu hanya boleh dirasi dan dinikmati oleh diri sendiri. Ia bukanlah suatu ibadah yang boleh dinilai dan lihat dengan mata kasar sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Di samping diri sendiri, hanya Allah sahaja yang mengetahui keikhlasan ibadah puasa itu, kerana puasa itu adalah amalan batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.
2. Ibadah puasa juga merupakan senjata untuk melawan atau menahan diri dari musuh Allah Azzawa jalla. Perlu diketahui oleh kawan-kawan bahawa banyak dosa adalah berpunca dari nafsu syahwat di mana nafsu syawat itu pula berpunca dari makanan dan minuman. Jadi puasa adalah usaha dan senjata untuk melawan musuh Allah, dan percayalah bahawa pertolongan Allah itu akan datang dariNya sebagaimana firman Allah maksudnya : “Apabila kamu menolong Allah ( menolong memajukan agama Allah), maka Allah juga akan menolong kamu dan mengukuhkan kakimu (kedudukanmu).” (Muhammad : 7)
Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa puasa itu adalah pintu ibadah serta dapat dijadikan benteng serta senjata. Sangat besar keistimewaan dan keutamaan puasa ini, dan ianya mudah dicapi sehingga ke tingkat tertinggi, dengan itu jangan buang masa - ikhlaskan puasa kita yang akan datang nanti. Ameen

No comments:
Post a Comment