Di belakang saya itulah dia Jabal Uhud. Jabal dalam bahasa Arab dan bukit dalam bahasa Melayu. Bukit Uhud adalah bukit yang telah menyaksikan suka dukanya Rasulallah saw dalam menegakkan agama Allah, iaitu ISLAM.
Di bukit inilah semasa peperangan Uhud dengan kafir Qurish, bapa saudara Rasulallah saw yang menjadi tulang belakangnya, iaitu Saidina Hamzah telah syahid. Setiap kali ke sini saya pasti akan rasa terharu apabila melihat kuburan yang dipagar.
Kalau kawan-kawan nak tahu - Allah menjanjikan bahawa Jabal Uhud ini akan berada di dalam syurga, tetapi batu-batu perangnya itu nanti akan digantikan dengan batu permata. Saya teringin sangat hendak melihatnya di syurga dan semoga saya dan Jabal Uhud akan bertemu di syurga nanti.
Sudah genap setahun saya tak ke sana... cadangannya untuk kembali ke sana lagi dalam tempoh terdekat, tetapi tidak tahulah kerana perjalanan kali ini nampaknya macam sukar, tolong doakan saya supaya hasrat saya, ibu saya dan adik saya serta anak saudara saya dimakbulkan Allah untuk menjadi tetamunya tahun ini. Rindunya....
No comments:
Post a Comment