08 July 2012

WASPADA DENGAN AIR ZAM-ZAM PALSU

Ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan sendiri walau dengan menipu jemaah haji dan umrah. Para jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia nampaknya terpaksa waspada semasa membawa pulang air zam-zam sebagai ole-ole. Ini adalah kerana, dikatakan sudah banyak air zam-zam palsu beredar di Arab Saudi. Laman berita Arab News bulan lepas melaporkan air zam-zam palsu itu merupakan campuran antara air zam-zam asli dan air biasa. Air ini banyak dijual oleh pendatang haram Arab Saudi dan rakyat Arab Saudi sendiri.

Air zam-zam palsu ini tidak hanya dijual di jalan tol yang menghubungkan Kota Makkah dan Jeddah. Tapi juga banyak penjual air suci palsu ini di sekitar Masjid Al-Haram, Makkah, dan Masjid Nabawi, Madinah. Ini merupakan dua masjid suci bagi umat Islam. Penjualan zam-zam palsu ini berlaku 24 jam.

Di sekitar Masjid Al-Haram, perdagangan zam-zam palsu ini berpusat di kawasan Al- Ghazzah. Dikatakan pendatang dari Afrika, Bangladesh, dan Burma mengisi penuh air zam-zam dalam bekas. Kemudian bekas ini yang masih kosong dicampur dengan air biasa dan ditambahkan dengan sedikit air zam-zam. Ini berlaku di daerah Kudai.

Sumber: Islamituindah.my

Kepada kawan-kawan yang bakal kembali ke Mekah nanti hati-hatilah, yang paling mudah ambillah air zam-zam di masjid sedikit demi sedikit, pasti air zam-zam itu datang sendiri dari perigi zam-zam. Walallahualam.

No comments: