05 July 2012

Bengkel PAP JPNWP Julai 2012

 Pada 2 dan 3 hb Julai 2012, saya dijemput untuk memberikan ceramah kepada peserta Bengkel Pembantu Am Pejabat (PAP) Jabatan saya. Bengkel di adakan di Pusat Kegiatan Guru Sentul.

 Memandangkan slot saya pada sebelah petang, saya memilih untuk membuat aktiviti kumpulan supaya peserta bengkel tidak terpaksa untuk mendengar ceramah dan takut diselang seli dengan menguap dan terlentuk tertidur.

 Topik yang diberikan kepada saya adalah Nilai-Nilai Murni, satu topik yang sangat luas dan seronok untuk dibincangkan. Pada setiap hari terdapat sebanyak 5 kumpulan telah dibentuk.

 Saya sendiri seronok melihat mereka-mereka ini berbincang dan beridskusi antara mereka. Memang mereka mempunyai bakat dan kekuatan tersendiri apabila dikumpulkan di dalam kumpulan... terdapat di antara mereka yang mampu menghasil persembahan yang sangat baik.

 Ronda-ronda melihat perkembangan perbincangan antara kumpulan. Ada yang mampu menjadi ketua yang baik dalam kumpulan mereka. Pada pandangan saya mereka perlu diberikan forum yang sesuai untuk menghasilkan buah fikiran yang sudah lama terbenam......

 Mohd Pauzi (Jie) salah seorang urusetia yang banyak membantu saya melicinkan aktiviti kumpulan di atas.

 Ini dia Urusetia yang terlibat, sayangnya Nurul tiada di dalam foto.

Puan Nur Hijjah selaku Pengurus Bengkel membantu dalam memberikan idea kepada kumpulan yang menemui kebuntuan.

No comments: