03 February 2011

Majlis Reunion Anjuran Hajah Noor Ainee


Hajah Noor Ainee, seorang sahabat kami yang baru bersara telah menghubungi Hajah Fabilah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan beberapa orang sahabat yang masih lagi bertugas di Kementerian Pertahanan. Tempat yang dipilih oleh beliau adalah di Felda Villa, tak jauh dari ibu pejabat Kementerian Pertahanan. Dengan susah payah beliau memandu darikampong beliau di Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur.

Maka pada 19 Januari 2011 yang lalu (Hari Rabu), kira-kira jam 4.00 petang kami bertemu di tempat yang dijanjikan. Majlis ditaja oleh beliau sendiri, maklumlah orang dah bersara duit pun banyak....

Aku sendiri dapat rasakan betapa rindunya dia kepada sahabat-sahabat yang telah lama dikenali dan banyak pengalaman suka duka yang dikongsi. Lebih 30 tahun kami berkenalan dan boleh dikatakan hampir mengenali hati budi masing-masing. Kami sendiri pun merasa rindu kepadanya, tetapi kerana tugas harian yang melimpah ruah, maka rasa rindu itu terpendam begitu sahaja.

Alhamdulillah dia kata nak berjumpa dengan kawan-kawan lama. Malangnya ramai juga yang tak dapat hadir kerana tugas. Antara sahabat yang hadir dari kanan Hajah Mariati, Hajah Wan Zakiah, Hajah Rosmawati, Hajah Khasimah, Hajah Noor Ainee (tuan rumah majlis) dan Hajah Fabilah.

Ini adalah sebahagian lagi sahabat-sahabat yang hadir, dari kanan Hjh Rashidah Awang, berdiri Cik Minah, Linda dan Jamsiah. Kami harap agar pertemuan sebegini dapat diadakan dan diharap ramai lagi sahabat-sahabat dapat join sama. Kepada Hajah Noor Ainee dan sahabat-sahabat lain yang menyumbang juadah pada hari itu terima kasih banyak-banyak semoga dimurahkan rezki oleh Allah Taalah. Jumpa lagi.....

No comments: