Pada 31 Januari 2011, aku bergerak balik ke kampong dan singgah ke rumah adikku Ain di Tampin untuk ambil mak. Masa aku tiba di rumah Ain, mak dah sedia tunggu, tanpa tunggu Ain habis sekolah aku dan mak bertolak balik ke Felda. Bila balik ke rumah Felda, banyak barang-barang dapur dah habis. Untuk makan malam hari itu, kami makan nasi dengan ikan bilis goring je kerana malas nak keluar semula sebab hujan lebat.
Pada keesokan harinya, selepas ke pusara ayah, kami ke Pasar Nyalas untuk beli barang-barang basah seperti udang, sayur dan sebagainya. Foto atas, mak baru keluar dari pasar dengan menjinjit 2 beg plastik penuh dengan barang-barangan. Gambar sebelah, emak baru mengalihkan anak kucing yang duduk di hadapan kereta kami.
Lepas ke Pasar Nyalas, emak ajak saya ke Kedai Runcit Noja dalam kawasan Felda Bukit Senggeh untuk beli beberapa lagi keperluan, yang sebenarnya kami nak beli breakfast tetapi tak ada yang memikat hati. Pada waktu ini juga hujan dah turun (gerimis), memandangkan tak ada breakfast terpaksalah kami buat breakfast sendiri di rumah.
No comments:
Post a Comment