Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
14 February 2011
Haram Menyambut Hari Valentine
Seluruh dunia menyambut Hari Valentine yang juga dikenali sebagai Hari Memperingati Kekasih. Tetapi bagi orang Islam, yang kurang memahami konsepnya hari tersebut - mungkin akan teruja untuk menyambutnya kerana dunia menyambut hari tersebut dengan promosi dan iklan di serata media cetak dan elektronik.
Siapa dia Valentino atau lebih dikenali sebagai Saint Valentine. Valentine dikatakan telah hidup di Rom pada abad ketiga. Pada waktu ini Roma diperintah oleh seorang Maharaja bernama Claudius. Kebanyakan rakyat tidak menyukai beliau mungkin kerana perangainya.
Seperti yang kita maklum, Rom merupakan kuasa tentera yang kuat. Pada masa pemerintahan Claudius II (268 - 270 M), Maharaja Rom, era keemasan empayar Rom hampir berakhir. Banyak berlaku perselisihan awam sering, pendidikan menurun, kenaikan cukai dan perdagangan telah menyaksikan era yang sangat buruk. Empayar Rom pula menghadapi krisis dari semua penjuru dari Slavia Gaul, Hun, Turki dan Mongol dari Utara Eropah dan Asia. Kerana Kerajaan Rom terlalu luas untuk dilindungi daripada pencerobohan luaran dan kekacauan dalaman, sudah tentu kekuatan yang ada tidak memadai. Kerajaan meminta supaya rakyat menyertai tentera tetapi penyertaannya mendukacitakan. Claudius merasa bahawa lelaki berkahwin lebih emosional dan terikat pada keluarga mereka, dan dengan demikian, tidak akan menjadi askar yang baik. Dia percaya perkahwinan yang membuat seseorang lemah. Maka ia mengeluarkan dekrit melarang perkahwinan untuk melahirkan askar yang berjiwa kental.
Jadi Claudius mengeluarkan undang-undang baru yang tidak membenarkan perkahwinan. Sudah tentu rakyat menentang undang-undang ini kerana ianya kejam dan keluar dari fitrah manusia. Valentine yang juga merupakan seorang menteri, tidak menyokong undang-undang baru.
Dilapurkan Valentine terus melaksanakan upacara pernikahan rakyat secara diam-diam. Walau bagaimanapun perkara ini telah diketahui oleh pemerintah dan pada suatu malam dia ditangkap dan dilemparkan ke dalam penjara dan mengatakan dia akan dihukum mati.
Ramai anak muda yang datang melawat Valentine di penjara, salah seorang adalah putri penjaga penjara bernama Asterius. Asterius mempunyai seorang puteri yang buta yang sering melawatnya. Dan pada hari kematiannya, Valentine menulis surat kepada budak perempuan itu dan menandatangani surat tersebut "Cinta dari Valentine anda". Ia berlaku pada tarikh 14 Februari, 270 A. D. Ramai yang berpendapat dari sinilah bermulanya tradisi bertukar mesej cinta dan dikenali sebagai Hari Valentine Valentine's Day). Paus Galasius dengan rasminya mengumumkan tarikh 14 Pebruari 496 sebagai Hari Velentine dan dirayakan sehingga sekarang.
Apa hukumnya jika seorang muslim menyambut Hari Valentine ini? Pada saya ianya adalah haram kerana ianya dirasakan sebagai ritual yang sumbernya lahir dari agama Kristian. Tindakan Paus Galasius adalah untuk mengenang orang alim (Saint) Kristian yaitu Saint Valentine. Maka adakah wajar jika kita sama-sama mengagongkan seorang Padri Kristian tersebut. Islam menganjurkan berkasih sayang (yang halal sahaja tau) setiap hari dan bukannya setahun sekali, pernahkan kita menunjukkan kasih sayang kepada Rasulallah, Ibubapa, anak-anak, adik-beradik dan saudara mara seperti yang ditunjukkan oleh orang Kristian?
Pada saya anjuran agama kita melalui kitab suci Al' Quran dan hadis dan lebih dari cukup dan tak perlulah mengambil dari mana-mana sumber yang tidak sahih.
Labels:
14 Februari,
Valentine
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment