Pada 4 Februari 2011 yang lalu, secara kebetulan kami bercuti di kampong, Mak Lang, ibu saudara saya mengadakan kenduri membaca Yasin dan tahlil di rumahnya. Sebelum magrib kami telah berada di rumahnya. Selepas solat magrib majlis dimulakan. Anak-anak Mak Lang juga ada yang balik. Jadi ramailah kaum kerabat saya berkumpul di rumah tersebut.
Lama betul saya tak menghadiri kenduri di kampong, semasa ayah ada saya selalu tak ikut sama, saja tak gemar bersesak. Tapi selepas ayah meninggal terpaksa jugalah untuk menemani emak dan adik-adik yang lain. Adik-adikku Zman dan Zmee makan bersama dengan Aziz (anak Mak Lang), Amirul (anak Zmee) dan seorang tetamu.
Foto menunjukkan emak dan adiknya Acik Misah berehat selepas selesai kenduri. Kari daging yang Acik masak untuk kenduri malam itu sangat sedap, masakannya mendapat pujian ramai. Untuk pengetahuan Acikku ini memang pandai masak, biasanya dia akan dipanggil untuk menyumbangkan tenaga untuk memasak jika ada kenduri di kalangan keluarga. Begitu juga dengan kenduri di rumah kami, beberapa kali Acik dan Along (anak sulungnya Julia) yang biasa membantu kami untuk memasak. Kalau nak harapkan aku, nanti ramai yang tak dapat makan.
Anak saudara aku yang hadir sama, Adila, Afifa, Kedua-dua Amir, Ammar, Amirul dan Ridwah.
No comments:
Post a Comment