21 February 2011

Sedihnya Saya Hari Ini

Apa nak dikatakan... nampaknya lamalah saya terpaksa bertugas di HATTM ini. Pagi tadi saya hubungi JPA untuk bertanyakan soal permohonan pertukaran saya untuk balik ke Melaka dan lebih khusus ke Jasin... amat dukacita katanya semua post di Melaka dan Tangkak, Johor telah diisi pada 2 minggu lepas, dan yang paling mendukacitakan saya, apabila surat/ borang permohonan yang dimajukan oleh saya rupanya masih lagi berada di Kementerian Pertahanan.

Untuk pujuk hati saya yang lara ni, saya bisikkan segala apa yang terjadi yang sebenarnya ada hikmahnya, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui... jadi untuk mendpatkan yang terbaik saya mesti bersabar dan harap-harapnya Allah menberikan ganjaran yang sewajarnya nanti.

Kesian emak saya!!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

banyak2 bersabar puan...ada hikmah disebalik semua kejadian yang telah ditentukan oleh-Nya....

Unknown said...

Terima kasih Gee, saya sedang menunggu hikmah tersebut. Apapun saya harap Mak saya sentiasa dalam kandungan sihat sehingga saya boleh balik bertugas di Jasin. Doakan saya ye!!!!!!