07 February 2011

Pusara Ayah - Februari 2011

Apabila balik kampong, perkara utama yang mesti dilakukan adalah melawat Pusara Ayah setiap hari pagi dan petang (apabila diizinkan Allah). Alhamdulillah Pusara Ayah masih lagi kelihatan kemas dan bersih jika dibandingkan dengan kubur-kubur yang lain. Kerana hujan yang kerap, rumput dan pokok-pokok di sekitar taman kubur ini telah tinggi dan nampak semak. Nasib baik adikku Adnan menanam rumput kapet, jadi tidaklah rumput tumbuh tinggi dan menjalar. Dari jauh nampak jelas Pusara Ayahku kerana warna nisannya berwarna hitam di kelompok pusara lain yang bernisan putih.

Emak, Zman, Zmee dan Ain sedang berdoa selepas selesai membaca Surah Yasin untuk dihadiahkan kepada Rasulallah saw, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda, serta untuk disedekahkan kepada Ayah, ahli keluarga kami, penghuni kubur yang lain dan muslimin muslimat di seluruh dunia. Semoga pahala yang kami kirimkan sampai kepada penerima tanpa kekurangan sedikit pun.

Suatu pagi kami di Pusara Ayah - mengemas pusaranya dan persekitaran selepas selesai membaca Surah Yasin dan doa. Zman dan mak mengemas dan mengunting rumput-rumput liar di sekitar Pusara Ayah, manakala Ain menyiram pokok bunga dan saya mencabut rumput dan pokok di kepungan tanaman bunga.





Saya dan adik saya Ain, nampak tak Ain dengan baldi besarnya.

No comments: