Sedikit masa lagi Malaysia akan melangkah ke dalam kumpulan negara maju. Inilah yang dinantikan oleh semua pemimpin negara, termasuklah kita rakyat marhain. Tetapi adakah kita memahami akan konsep negara maju?, tahukah kita bagaimana untuk menjadi rakyat di sebuah negara maju? bagaimana agaknya tingkah laku rakyat di sebuah negara maju itu dan adakah tekanan hidup sama dengan rakyat di negara mundur atau negara sedang membangun.
Cuba kita renungkan lebih kurang 15 tahun yang lepas, dan kalau ada yang dah hidup lebih kurang 50 tahun yang dulu..... agak-agaknya bagaimana corak kehidupan mereka pada masa itu..... Susah-susah tanya sahaja kepada ayah, ibu, datuk atau nenek kita. Apakah jawapan mereka... Saya jangkakan jawapannya akan berkaitan dengan keselesaan dan tekanan dalam kehidupan... Kalau dulu lebih kurang 50 tahun terdahulu, orang kampong bekerja sekadar untuk menyara kehidupan harian sahaja, kalau ada pun simpanan, untuk mereka menunaikan fardu haji bila usia menjelang senja. Mereka tak pernah berfikir nak beli kenderaan rasanya memadai dengan motosikal atau basikal. Gaya hidup lebih ringkas, di mana di belakang rumah setiap orang kampong ada kebun kecil yang menanam sayuran dan dibela ayam, kambing atau lembu sekadar memenuhi keperluan keluarga dan bukannya untuk business dalam skil yang besar. Masa itu negara baru sahaja 3 tahun mencapai kemerdekaan. Negara kita dalam kategori negara dunia ketiga. Kerajaan mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan kehidupan rakyat. Allahyarham Tun Razak yang juga merupakan bapa pembangunan, tidak tidur malam memikirkan cara untuk meningkatkan taraf hidup rakyat jelata. Mana boleh kita terus dikenali sebagai negara dunia ketiga sahaja sepanjang masa. Cuba lihat program FELDA dan FELCRA yang diperkenalkan, program yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan berjaya, tetapi galang gantinya adalah usaha dan titik peluh peneroka tanpa mengira penat lelah.
Kini terdapat banyak tanah rancangan ini telah menjadi hak mutlak rakyat, tetapi apa yang berlaku sebenarnya????? adakah peneroka-peneroka ini telah menjadi orang yang berjaya??, adakah program ini berjaya??, kita juga perlu lihat lebih jauh adakah generasi tanah rancangan ini berjaya atau terpaksa berkongsi dan bergulat dengan adik-beradik berebut tanah yang tak sampai sekangkang kera itu. Kalau kita nilaikan berjaya berapa banyak agaknya doktor dari tanah rancangan ini, berapa ramai pulak jurutera, tak usah tanya berapa ramai angkasawan atau usahawan, sebaliknya yang ramai adalah doktor yang tak bertauliah (penagih dadah yang pandai suntik diri sendiri dengan dadah).
Yang lebih sedih lagi apabila terdapat tanah yang sepatutnya menjadi hak milik orang Melayau telah digadai kepada bangsa lain. Hairan kenapa peneroka ini tidak merasakan penat lelah mereka sebaiknya memindahkan hak kepada orang lain hanya kerana wang yang tidak seberapanya. Sedih aku lihat kaum ku sendiri....
No comments:
Post a Comment