Bulan November telah dijadikan bulan integriti bagi negara Malaysia, manakala 5hb adalah hari integriti nasional. Apa yang difahami dengan perkataan integriti? pada saya perkataan integriti mencerminkan nilai-nilai baik di mana nilai ini perlu dijadikan tunjang semasa seseorang itu memberikan perkhidmatan. Dalam erti kata yang lain perkhidmatan yang diberikan hendaklah jujur, amanah, ikhlas dan bertanggungjawab. Sifat seseorang yang mempunyai sifat integriti dapat dikesan dan dilihat apabila mereka melakukan sesuatu tugas itu dengan penuh tanggungjawab serta betul pada bila-bila masa dan di mana-mana, sama ada diperhatikan oleh orang atau sebaliknya.
Kerajaan kita sibuk dengan kempen untuk menerapkan sifat integriti pada setiap rakyat, maka Pelan Integriti Nasional (PIN) diperkenalkan oleh mantan PM, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi seiring dengan tertubuhnya Institut Integriti Negara. Walaupun PIN dilihat sebagai alat untuk membudayakan rakyat Malaysia dengan integriti, tetapi 'gerak kerja' adalah berpaksikan kepada pendidikan awal, iaitu seawal daripada rumah. Keluarga perlu memainkan peranan utama dalam pendidikan awal ini, bagaimana kalau saya katakan seawal kanak-kanak boleh bertutur dan meminta (demand), seawal itu jugalah pendidikan integriti perlu dimulakan, sudah tentulah pendidikan pada masa ini adalah lebih kepada pujukan dan simbolik. Di samping itu juga keluarga tidak boleh memandang remeh akan pendidikan agama dan pendidikan kemasyarakatan.
Tidak dapat dinafikan bahawa Tuhan menjadikan manusia dengan fitrah bahawa manusia menyukai semua perkara yang baik, yang indah, yang cantik, yang sedap, yang merdu dan yang baik-baik sahaja, tetapi adakah kita akan selalu dapat semua perkata yang terbaik yang kita hajatkan. Dan adakah kita akan redha sekiranya kita tidak dikurniakan perkara-perkara yang baik, dan adakah kita akan cuba dapatkan perkara-perkara tersebut dengan cara yang selain dari cara halal. Jadi, di sisnilah semuanya bermula..... !!!!!!!!! ?????????
Sebagai penjawat awam, kita memang terdedah dengan cara yang selain dari cara halal. Ramai yang tiba-tiba akan menawarkan kita pelbagai nikmat/ perkara terbaik seperti belanjaa makan, belanja melancung ke luar negara, belanja beli peralatan seperti handphone, TV, barangan emas untuk isteri dan pelbagainya. Bila dah buat sekali, untuk kali berikutnya akan jadi lali. Yang sebenarnya ramai yang dah menhidu perkara-perkara seperti ini, tetapi masih mendiamkan diri supaya sahabat tersebut dapat kembali ke pangkal jalan dan insaf.
Kerajaan juga mengetahui perkara ini, oleh itu PIN adalah salah satu mekanisme untuk penghapusan rasuah di samping untuk meningkatkan penyampaian awam, diharap dengan cara ini dapat melahirkan penjawat awam yang positif dan yang boleh menjadi model tauladan kepada staf bawahan.
Bila menyentuh tentang integriti, kita tak dapat larikan diri dari konsep akautabiliti (bertanggungjawab) dan kredibiliti (kebolehan). Seorang penjawat awam itu akan menjadi lebih berjaya sekiranya konsep-konsep di atas dapat digabungkan dan dipraktikkan bersama.
No comments:
Post a Comment