Kami sekeluarga beraya Aidil Adha di rumah Azmee di Bangi untuk tahun ini. Ini adalah kali pertama kami sekeluarga beraya di luar dari rumah.... yang sebenarnya saya rasa sangat sedih tapi apakan daya kerana ini adalah keputusan kolektif keluarga. Beraya luar dari Felda bermakna kami tak dapat menziarahi pusara ayah. Walaupun begitu doa kami kepada ayah sentiasa, walau pun bukan hari raya.
Gambar sebelah ni adalah gambar 3 Amir. Dari kiri Amir Zmee, Amir Ain dan Amir Zman. Satu lagi kebetulan ialah ketiga-tiga Amir ini adalah anak bungsu dan dipanggil adik.
Emak, Zman dan Zmee pergi solat raya di Surau Al-Salah Taman Kajang Mewah tak jauh dari rumah Zmee. Anak-anak lelaki yang lain iaitu Amir Zman, Amirul, Amir Ain dan Amir Zmee tiba-tiba bell pintu, rupanya mereka pergi dan balik tanpa solat raya kerana ruang telah penuh.
Ini sahaja foto Raya Aidil Adha 2010 yang sempat kami ambil, tak pelah itu pun akan jadikan kenangan yang cukup bermakna nanti. Dua anak dara yang berdiri tu adalah Adila dan Afifa, iaitu anak sulung dan anak kedua Azman, yang duduk di sebelah Adila (kak long)adalah Azmee, pakcik kepada budak-budak ini. Di sebelah Pakcik dia orang tu Amirul anak sulung Azmee diikuti oleh Amir Azman (sedang mengendong Max - kucing Wawa) dan Amir Azmee sebelah Amir Azman.
3 comments:
memang agak terperanjat gak apabila tengok anak-anak lelaki tu sekejab je dah balik daripada solat hari raya...ingatkan solat hari dah habis..rupanya pergi tanpa solat..tu la namanya akal budak-bdak.....hehhe
Tulah Ain, akak mati-mati ingat dia orang pergi solat raya, tapi dalam hati kenapa pulak balik awal... imam sakit perut ke... rupanya dia orang tak de tempat.. tulah lambat sangat... macam tu la jadinya.
Ena pun tak tahu yang mereka tu tak dapat sembahyang, sebab pada masa tu lebih kurang pukul 7.55 pagi ena, emak dan Zmee dah siap dah. Anak-anak pada masa tu masih lagi belum bangun sebab mungkin kepenatan kerana perjalanan atau tolong Zmee kemas bilik Amirul.. Jadi ena, Zmee dan Emak decided pergi dulu, takut tak sempat sembahyang. Kita orang pergi naik kereta lagi sebab nak kejar masa. Rupa-rupanya sembahyang Aidil Adha hanya dimulakan pada 8.30 pagi. jadi terasa rugi gak sebab tak sempat nak tunggu anak-anak. Anyhow semoga Allah akan membalas usaha mereka bertiga sebab make effort berjalan kaki ke masjid....
Post a Comment