Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
10 November 2010
Bila Adnee dicabar
Antara yang menjadikan saya rasa hidup, adalah apabila saya dicabar.. hari ini merupakan hari kedua saya dicabar dalam bulan November 2010. Kali ini saya dicabar oleh Encik Anwar Ketua Farmasi HATTM, mengatakan saya cuba sembunyikan perasaan/ kemampuan/ keinginan kepada bidang yang lebih seni terutamanya mengenai Cinta/ Kasih/ Sayang. Tetapi dari dulu lagi, iaitu dari kecil saya perasan bahawa bidang yang sangat saya suka adalah mengenai manusia (sosial), politik dan melancong. Jadi kebanyakan bahan tulisan saya adalah lebih ke arah ini sahaja. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh menulis lain daripada tajuk-tajuk di atas, kerana imaginasi saya sangat tinggi dan agak tidak keterlaluan kalau saya katakan saya mampu untuk mereka suasana yang romantis.
Walaupun begitu, masa yang diambil untuk menghasilkan karya sebegitu mungkin lama sikit jika dibandingkan dengan penulisan topik yang saya suka. Yang sebenarnya saya mula menulis sejak kecil, seingat saya dalam tingkatan satu atau dua sehinggalah saya di tingkatan 6, semuanya berlaku semasa di kampong. Saya ingat lagi saya ada menghasilkan banyak sajak, dan kini saya sedang berusaha untuk mencari buku tersebut dan kalau berjumpa bolehlah dipaparkan untuk tatapan semua dan nilaikanlah hasil seorang kanak-kanak/ remaja berusia 13 tahun hingga 19 tahun.
Rasanya macam saya nak sambut cabaran Encik Anwar untuk hasilkan nukilan, tapi tak tahu dalam bentuk apa. Kalau anda semua ada cadangan.... jom sampai-sampaikanlah kepada saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam...
saya selalu admire orang yang pandai menulis walaupon diri ni langsung tak capable menulis.apa tah lagi bersajak atau berpantun,memang tak tahu.memang dari kecil2 tidak di dedahkan dengan penulisan.
tp masa muda2 dulu kalau membaca buku2 novel mau tak makan minum mesti nak habiskan jugak.sekarang ni tak ada masa untuk itu semua walaupon ada keinginan untuk membaca.
Apa yang saya perasan, antara kegemaran keluarga saya adalah membaca. Sebabnya ayah saya seorang yang suka membaca, jadi mungkin itu antara faktor yang menarik/ menjadi ikutan anak-anaknya dan cucu-cucunya (tak semua) suka membaca. Saya memang suka menulis, macam-macam yang saya nak tulis terutama apabila saya rasa marah, risau dan gembira maka saya akan mula menulis dan lepaskan semua yang ada dalam dada ke atas kertas/ diary (dulunya) dan kini di Hi5 atau blog.
Tapi dengan perkembangan mainan di internet, saya rasa agak bimbang takut-takut ramai yang sukar untuk mulakan penulisan walaupun untuk menulis nota yang ringkas. Saya perhatikan apa yang berlaku pada anak-anak saudara saya, mereka mempunyai banyak idea dalam kepala tetapi tak tahu nak mulakan penulisan. Pada saya untuk atasan perkara ini seseorang mesti mula menulis dan jangan takut-takut.
Post a Comment