30 November 2010

Percutian Langkawi 2010 Part II - Cable Car

Kereta sewa kami - tapi buruk kan....
Sebaik sahaja kami mendapat kereta sewa, pada jam lebih kurang 12.30 tengahari (28 November 2010) kami memulakan rancangan pertama kami untuk menaiki cable car di Gunung Mat Cincang.
Perjalanan dengan kereta dari Jetty Point ke Gunung Mat Cincang lebih kurang 40 minit. Ini adalah 2 kereta sewa kami. Sebuah dipandu oleh Ain dan sebuah lagi dipandu oleh Shima.Apabila tiba di Stesen Cable Car, kedua-dua anak saudara ku Ammar dan Amir mengadu mereka telah kelaparan, dengan persetujuan bersama kami bercadang untuk makan tengahari terlebih dahulu sebelum menaiki Cable Car.
Kami makan di kedai makan pertama yang kami temui. Makanan yang dihidangkan bolehlah tahan, sekurang-kurangnya dapat mengalas perut kami. Tetapi bagi aku masakannya agak kurang kerana kebanyakan masakan mereka terasa manis dan kurang pedas. Biasalah aku orang Melaka yang sejak kecil dah dihidangkan dengan masakan pedas. Ada keistimewaannya kedai ini, iaitu mereka menyediakan tempat makan - seakan-akan pangkin - kata orang Melaka. Kami duduk bersila dan di sinilah kami melegakan urat-urat kaki dengan melunjurkan kaki.


Selepas makan kami terus ke tempat menjual tiket Cable Car. Dengan menggunakan My Kad tambang kereta kebal agak murah, iaitu RM 15.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak. Jika tidak menggunakan My Kad harganya dua kali ganda. Rasanya memang patut kerana rata-rata pelancung luar negara yang datang adaah dari negara yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi jika dibandingkan dengan nilai mata wang negara kita. Foto Emak, Shima, Ammar dan Amir dalam Cable Car. Aku pernah menaiki Cable Car ini sebelum ini, jadi perasaan cemas dan bimbang dah berkurangan, tetapi tak sama dengan ahli keluarga ku yang lain, masing-masing rasa teruja dan cemas.

Kali pertama Cable Car nak meluncur di atas kabelnya memang ada perasaan ganjil dan ngeri dalam diri. Banyak suara jeritan yang kami dengar dari kereta kabel. Itu yang membuatkan ada di antara kami terikut merasakan kegerunan tersebut.Cuba perhatikan jambatan gantung di belakang Amir, nampak berkabus sikit.


Foto ini diambil dari atas kereta kabel. Jambatan ini agak panjang juga, ia dibina melintasi dua puncak gunung kecil,luas jambatan ini lebih kurang sedepa lebih sedikit, lantainya dibuat dari papan kecil yang dicantum-cantum. Jadi terdapat lubang di lantai lebih kurang sebesar jari kelingking. Jika dilihat/ diintai di celah lubang itu, nampak jurang gaung yang dalam, ini membuatkan perut kita seakan-akan mengelodak dan hati kita tiba-tiba macam hilang. Agaknya rasa inilah yang membuatkan seorang budak Cina berumur lebih kurang 11 - 13 tahun terjerit-jerit setiap kali melangkah atas papan tersebut, budak itu cuba menapak di atas papan tanpa memijak lubang lantai. Macam biasa aku akan mengusik budak ini dengan menepuk di bahunya, dan ibunya yang juga gayat berkata padaku "jahatnya... jahatnya" dan kami hanya tergelak sahaja.


Manakala foto di sebelah adalah foto mak yang diambil di atas jambatan tersebut dan membelakangkan laut, kelihatan pulau-pulau kecil yang kelam bertabur di sepanjang perairan Langkawi. Kalau lihat wajah Mak nampak macam biasa sahaja, mungkin disebabkan mak tak ada perasan gayat jadi tak terasa ngeri. Permandangan dari atas jambatan ini sangat indah dan sahdu, angin yang bertiup tidaklah kuat sangat tetapi cukup untuk rasakan nyamanya suasana walaupun pada masa itu sudah lewat tengahari.

Foto ramai ini pula diambil di hujung jambatan, untuk berjalan/ meniti hingga ke hujung jambatan, sesiapa yang mempunyai perasaan gayat seperti saya, macam melalui atau meniti atas batang pokok yang kecil, tetapi tidaklah seteruk budak cina tadi. apa yang penting bagi orang gayat ialah semasa berjalan jangan sekali-kali memandang ke bawah, jalan terus sehingga ke distinasi.

Foto Ammar diambil di tengah-tengah jambatan, dari jauh kelihatan laut dan pulau-pulau berhampiran yang kelam. Daripada sini kita dapat melihat hasil kerja Allah Taalah yang sangat menakjubkan. Lapisan-lapisan batu yang sangat tua, kelabu hitam dan mistri. Masa ini baru aku teringat akan guru geografi ku dulu, yang mengajar aku berlakunya kejadian gerakan bumi pada awal kejadiannya. Jadi memang pernah berlakulah kegelinciran di sini berjuta tahun dulu.


Walau bagaimana pun untuk sampai ke sini kita terpaksa menghadapi laluan yang sangat mencabar bagi aku, curam dan amat memenatkan. Hentian kereta kabel mempunyai dua hentian, dan jambatan ini berada di hentian kedua, kita terpaksa jalan menurun bukit dan apabila balik kita terpaksa mendaki pula, inilah cabaran yang terbesar. Penat dan lelah untuk sampai ke stesen ke dua.

Selepas itu kami menaiki beberapa mata anak tangga untuk melihat look point yang boleh dianggap sebagai tempat tertinggi di sini. Aku dan Mak malas nak naik ke pelantar teratas dan berehat di gerai minuman sahaja. Lebih kurang jam 4.20 petang kami menaiki kereta kabel menuruni Gunung Mat Cincang dan berakhirkan ekspidisi pertama kami.


Tunggu ekspidisi kami seterusnya selepas ini .............

29 November 2010

Percutian Langkawi 2010 Part I

Perjalanan bermula daripada Kota Tinggi oleh adik iparku Norshimah bersama anak lelakinya Ammar. Mereka memandu ke Melaka pada hari Jumaat 26 November 2010 untuk mengambil emak kemudian ke Tampin ke rumah adik ku Ainee di Sekolah Menengah Arab (JAIM)Al-Asyraf Tampin.

Pada keesokkan harinya mereka berlima Emak, Shima, Ain, Ammar dan Amir menaiki keretapi dari Tampin ke KL Central, mereka tiba jam 3.30 petang. Foto atas Ammar bersama Amir dalam keretapi dari Tampin. Aku bergerak dari Taman Saga ke KL Central untuk bergabung dengan mereka jam 6.45 petang. Setelah memanggil teksi sebanyak dua kali dan teksi tak kunjung tiba akhirnya abang Jaafar dan anaknya menghantar aku ke Spektrum Ampang, dari sana aku mengambil teksi ke KL Central dan tiba jam 7.20 malam. Sementara Noraini teman sekuliah Ain (pengajian Sarjana Psikologi di UKM) semasa tiba di KL Central dari Bangi jam 7.30 malam. Di atas adalah foto kami yang diambil oleh Noraini.

Kami semua bertemu lebih kurang jam 7.30 malam di pintu masuk KL Central. Di sini kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat maghrib dan solat jamak dan qasar isyak. Keretapi Mutiara bertolak dari KL Central tepat jam 9.15 malam dan tiba di Arau, Perlis jam 7.15 pagi keesokan harinya.
Kebanyakan daripada kami, ini merupakan pengalaman pertama menaiki keretapi dengan tempat tidur, perasaan kami adalah excited dan seronok. Kami berposing sakan rasanya ramai yang mungkin berbisik dalam hati....teruknya mereka ni...macam orang kampong je.... Photo di atas, aku bersama Shima di KL Central menunggu ketibaan keretapi.

Kami mengambil makan malam di sini dan ada beberapa di antara kami membawa bekalan untuk dimakan di atas keretapi. Sepanjang perjalanan sukar untuk kami melelapkan mata, dan di setiap stesen keretapi akan berhenti untuk menurun dan menaikan penumpang. Apabila masuk waktu solat subuh (kami mempraktikkan solat subuh secara duduk di tempat tidur) ada di antara kami yang menunggu untuk melihat matahari terbit. Cuba lihat foto di bawah yang diambil oleh Ammar, matahari terbit di kawasan sawah padi antara Gurun dan Arau.
Sebaik tiba sahaja di Stesen Arau kami terus mencari teksi. Dengan kekuatan kami seramai 7 orang, kami perlukan dua buah teksi untuk menghantar kami ke Kuala Perlis. Kami sempat berkenalan dengan pemandu teksi Cikgu Mawi dan Pakcik Md Nor - sambil itu kami melihat hamparan sawah padi, ada pokok padi yang masih cantik hidupnya tetapi ada yang telah musnah akibat dari bencana banjir bulan lepas, melihat kehancuran ini saya merasa kasihan kepada rakyat di negeri Kedah dan Perlis. Semoga mereka tabah menghadapi cubaan dari Allah taalah.

Setibanya di Kuala Perlis kami berunding mengenai keperluan kami semasa di Langkawi dengan wakil yang menyediakan beberapa perkhidmatan seperti sewaan kenderaan semasa di Langkawi dan sewaan bot untuk melihat kawasan tanaman bakau (mangrove). Mengikut kata agen di sini harga tempahan di sini adalah lebih murah daripada harga tempahan di Langkawi. Kemudian kami mengambil keputusan untuk membeli tiket feri ke Langkawi jam 10.00 pagi

Setelah selesai urusan tersebut, barulah kami mencari tempat untuk bersarapan pagi. Sarapan yang ringkas tetapi agak mengenyangkan menunggu makan tenghari di Langkawi, Mak belanja kami sarapan pagi. Selepas sarapan kami masuk ke ruang menunggu. Ruang yang agak selesa dan mempunyai banyak tempat duduk. Feri yang akan membawa kami ke Langkawi adalah Star City, feri tersebut telah tiba dan aku dapat rasakan kedua-dua anak saudaraku itu mungkin teruja untuk belayar.
Foto kami semasa di ruang menunggu, foto diambil oleh Amir. Boleh tahan juga walaupun sedikit kabur. Semasa tiba waktu untuk menaiki feri, selepas pengumuman disiarkan, macam biasa kita orang Malaysia akan berebut-rebut dan berpusu-pusu. Nasib baik tempat duduk di dalam feri mempunyai nombor, jadi tak kisahlah kalau masuk lewat sikit. Walau bagaimanapun nasib kami baik sebab dapat masuk awal, kerana Ammar dan Amir telah ada di depan barisan jadi kami satu kumpulan dapatlah laluan mudah sikit.
Foto semasa di dalam feri. Juru fotonya adalah saya sendiri. Kalau lihat pada foto ini, wajah kami masih lagi ceria dan teruja, tetapi apabila tiba di Langkawi, iaitu selepas lebih kurang satu jam pelayaran, wajah masing-masing agak suram disebabkan oleh kepenatan dan kelaparan. Akhirnya lebih kurang jam 11.15 pagi, alhamdulillah kami semua menjejakkan kaki di bumi tanah tumpahnya darah Mahsuri. Shima dan Ain menguruskan mengambilan 2 buah kereta sewa, tak sangka urusan tersebut mengambil masa yang agak lama, iaitu lebih kurang 1 jam.


Ikuti pengalaman cuti kami di bahagian ke II nanti.

27 November 2010

Falsafah Menghormati Ketua

Saya melihat ketua sebagai seorang yang perlu dihormati, dipercayai dan dijadikan sahabat serta mentor. Apa akan jadi sekiranya terdapat kakitangan bawahan sudah hilang hormat dan taat setianya kepada ketua. Jawapannya ialah akan kucar kacirlah organisasi itu.

Ramai yang kurang faham kenapa seseorang ketua itu perlu dihormati, dan saya jangkakan ramai yang melihat menghormati ketua hanya sebagai satu tingkah laku sosial sahaja, silap semata-mata kerana menghormati dan taat setia kepada ketua merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Banyak yang saya lihat staf bawahan cuba mengujudkan kelompok untuk mensabotaj ketua sama ada terangan atau sebaliknya - ramai yang tidak sedar bahawa sikap ini dapat dilihat oleh ke luar kelompok itu dengan sangat jelas. Benar saya tahu soalan yang ada dalam minda anda... iaitu macam mana kalau ketua itu sendiri tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya, bersikap kuku besi dan kurang ilmu. Jawapannya mudah, dalam organisasi tiada orang pun yang akan one man show, jadi begitu juga dengan menegur bos, pegawai kanan bos atau orang kepercayaannya perlu memainkan peranan untuk menyedarkan bos ini. Cara menentangnya bukan cara penyelesaian malahan adalah cara yang memburukkan keadaan.

Kebanyakan sistem organisasi di negara ini berteraskan kepada sistem chain-of-command bermakna, organisasi dibentuk atas beberapa peringkat hairaki. Setiap peringkat akan diketuai oleh seorang ketua. Tujuan ketua ini adalah bagi menentukan perjalanan bahagian/ jabatan/ unit bagi mencapai objektif organisasi secara holistik. Manakala fungsi sistem ini adalah bagi pemantauan dan mentoring. Ketua dan staf di bawah seliaannya memainkan fungsi masing-masing yang telah didifinasi dan dibentuk oleh pihak pengurusan atasan. Jika seseorang ketua atau salah seorang kakitangan di bawah seliaannya gagal, maka akan gagal lah organisasi tersebut. Kegagalan ini biasanya akan dikaji dan jika perlu tindakan hukuman atau ganjaran akan diberikan. Yang sebenarnya ini jugalah yang sedang diimplimentasikan oleh Kerajaan Malaysia.


Oleh yang demikian, ketua perlu memahami segala tindakan yang perlu dilaksanakan olehnya, dalam erti kata yang lain ketua perlua ada banyak ilmu antara yang penting ialah ilmu psikologi, ilmu dalam pentadbiran, pengendalian mesyuarat dan pengendalian krisis. Ketua tidak patut mengujudkan suasana permusuhan, perlu mempunyai perasaan menyayangi staf bawahannya, membela staf, menasihati dan yang utama bukan memarahi, ingin zaman telah berubah dan pengendalian sumber manusia juga berubah.

Tanggungjawab ketua yang sebenarnya bukan sahaja pada menilai stafnya pada setiap akhir tahun, tetapi membimbing pada awal dan sepanjang tahun. Yang sebenarnya apa yang ditunjukkan/ kegagalan unit di bawahnya/ stafnya melambangkan kegagalan ketua itu sendiri. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan tetapi menjadikan kesibukan sebagai titian untuk mengeratkan perpaduan dengan cara mengagihkan tanggungjawab dengan bijak.

24 November 2010

Tahniah YBhg Dato' Pegawai Memerintah HAT Tuanku Mizan


Tahniah... tahniah.... tahniah kepada YBhg Dato' Mej Jen (Dr) Yaakop bin Koming atas kenaikan pangkat beliau dari Brig Jen kepada Mej Jen. Kami warga awam HAT Tuanku Mizan mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada YBhg Dato' dan keluarga atas rahmat yang dicurahkan oleh Allah Taalah ini.

23 November 2010

Hari ku Yang Sangat Sibuk

Adui... dui...dui... sibuknya saya hari ini, sampai sakit-sakit bahu. Semalam dan hari ni, staf yang berjumpa dengan saya ramai sangat, mereka bergilir-gilir tanpa henti, rasa macam jadi doktor la pulak. Nasib baik masa ni saya dapat berhenti kejap sebelum solat. Jam 2.30 petang ni ada meeting pula dengan sister, matron dan senoir MA. Banyak perkara yang hendak kami perperkatakan maklumlah ini merupakan kali pertama kami berjumpa untuk bincangkan banyak isu perkhidmatan dan pentadbiran... takut-takut tak sempat balik rumah lak hari ini... jadi saya kena senarai apa yang nak disampaikan.

Ops... Oklah kena berhenti sekejap Matron Goh ada perkara yang nak dibincangkan dengan saya.

22 November 2010

Relaxnya Mereka


Cuba tengok dua sahabat tu, bukan main relaxnya mereka, siap dengan sun-bath lagi. Yang bagusnya adalah swimming suit mereka... ada juga yang jual cam tu!!!!!!!! ha..ha..ha...

20 November 2010

Pejabat Yang Sunyi

Minggu ini merupakan minggu ke dua dalam bulan ini kami warga Pejabat Tadbir Awam HATTM bertugas. Ada beberapa lagi kerja yang perlu disiapkan. Minggu ini hanya aku, Nieza dan Vidia sahaja yang hadir, yang lain mungkin ada yang masih lagi di kampong sempena Hari Raya Aidil Adha. Kepada mereka-mereka itu semoga selamat dalam perjalanan untuk balik ke KL, jangan sampai lupa nak datang kerja.

Minggu ini Ketua Bahagian Pengurusan, iaitu Lt Kol Noor Sabrina juga hadir ke pejabat untuk menyempurnakan tugasannya mengenai persembahan taklimat kepada YBhg Dato' DG. Dan di Pejabat Tadbir Tentera ada seorang tentera sedang bertugas, kalau tak silap, minggu lepas dia juga yang bertugas.

Tak kiralah siapa yang bertugas dan apa sahaja kerja yang hendak disempurnakan, diharap semua orang mencapai objektif masing-masing.

17 November 2010

Aidil Adha 2010

Kami sekeluarga beraya Aidil Adha di rumah Azmee di Bangi untuk tahun ini. Ini adalah kali pertama kami sekeluarga beraya di luar dari rumah.... yang sebenarnya saya rasa sangat sedih tapi apakan daya kerana ini adalah keputusan kolektif keluarga. Beraya luar dari Felda bermakna kami tak dapat menziarahi pusara ayah. Walaupun begitu doa kami kepada ayah sentiasa, walau pun bukan hari raya.

Gambar sebelah ni adalah gambar 3 Amir. Dari kiri Amir Zmee, Amir Ain dan Amir Zman. Satu lagi kebetulan ialah ketiga-tiga Amir ini adalah anak bungsu dan dipanggil adik.

Emak, Zman dan Zmee pergi solat raya di Surau Al-Salah Taman Kajang Mewah tak jauh dari rumah Zmee. Anak-anak lelaki yang lain iaitu Amir Zman, Amirul, Amir Ain dan Amir Zmee tiba-tiba bell pintu, rupanya mereka pergi dan balik tanpa solat raya kerana ruang telah penuh.
Ini sahaja foto Raya Aidil Adha 2010 yang sempat kami ambil, tak pelah itu pun akan jadikan kenangan yang cukup bermakna nanti. Dua anak dara yang berdiri tu adalah Adila dan Afifa, iaitu anak sulung dan anak kedua Azman, yang duduk di sebelah Adila (kak long)adalah Azmee, pakcik kepada budak-budak ini. Di sebelah Pakcik dia orang tu Amirul anak sulung Azmee diikuti oleh Amir Azman (sedang mengendong Max - kucing Wawa) dan Amir Azmee sebelah Amir Azman.

16 November 2010

Selamat Hari Raja Aidil Adha


Kepada semua kawan-kawan saya yang jauh dan dekat, selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha... semoga hari yang berkat ini akan menjadikan kita lebih sanggup untuk berkorban terutamanya berkorban di jalan menegakkan agama Allah Taalah. Tidak juga saya lupa untuk memohon ampun dan maaf pada segala kelancangan bicara, halalkan pada makan dan minum bagi anda semua tiada lagi dosa dan segalanya telah dihalalkan.

Kalau panjang umur, insyaallah kita akan berjumpa semula. Pesanan saya hati-hati di jalan raya.

14 November 2010

My SL4542A



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Semasa saya bersama Kelab Hi Rev Malaysia sebelum konvoi bergerak dari Petaling Jaya ke Port Dickson sempenan Tresure Hunt.

11 November 2010

Wahai Sahabatku


Allah menjadikan manusia berkomuniti, tiada manusia yang boleh hidup tanpa keluarga, pasangan atau sahabat/ kawan, umpama kata peribahasa Inggeris "no man is an island". Selain daripada keluarga, sahabat merupakan insan yang tidak kurang penting dalam kehidupan seseorang manusia. Sahabat/ kawan sepatutnya menjadi teman berkongsi suka dan duka, dan sahabat juga merupakan cermin kepada kita. Melalui sahabat, kita dapat membaiki kelemahan diri, amatlah rugi sekiranya seseorang itu menjadikan sahabatnya bagaikan musuh - cuba mencari kelemahan atau mereka-reka cerita untuk memburukkan sahabatnya tadi.

Pada mata kasar nampak hubungan mereka baik dan akrab atau ada yang umpamakan bagai kembar, apa tidaknya sering bersama... malangnya di belakang sahabat... lain pula ceritanya... berbagai cerita direka untuk menyedapkan cerita tersebut. Alahai sahabat.... kenapa jadi begini. Pada pandangan saya jika seseorang itu mempunyai perasaan bahawa tiada orang lain yang lebih baik daripadanya, bersifat egoist, sombong, penting diri sendiri, self centered, angkuh, bongkak, opportunist dan takbur mereka kerap terlupa bahawa insan lain di sekelilingnya juga mempunyai perasaan. Biasanya orang sebegini, insan terdekat dengannya seperti suami, isteri, ibu, bapa, adik-beradik, anak termasuk anak tiri atau anak angkat dianggap tidak sempurna dan sering menyakitkan hatinya.


Kalaulah mereka yang bersahabat masih dalam usia yang muda tentu banyak lagi masa untuk membaiki hubungan tersebut, apa pulak akan terjadi jika usia persahabatan ini sudah lama, sudah tentu usia sahabat-sahabat ini juga menjangkau separuh abad... bagaimana perasaan masing-masing, tentunya hati-hati tersebut akan terguris dan menjadi jauh dari sahabat. Agaknya kalau saya menjadi sahabat tersebut saya akan jauhkan diri dari sahabat sebegini, itu kata hati.... adakah benar kata hati itu akan dituruti.... bagaimana kalau sudah melihat rupa sahabat... dalam duka tentu dia akan disapa dan cuba benamkan hati yang terguris demi sebuah persahabatan. Saya dan beberapa orang sahabat saya telah mengharungi lalu persahabatan dengan payah dan senang, kami bertemu... berpisah... bertemu semula dan berpisah lagi, kalaulah usia persahabatan telah berusia lebih 20 tahun ini tidak dapat dipertahankan, biarlah saya sepikan diri dari mendengar rekaan-rekaan cerita yang akan menjadikan diri saya berfikir secara negatif, walaupun yang sbenarnya rasa rindu pada kawan-kawan kuat memberontak untuk bertemu dan bertanya khabar, tapi seperti yang saya katakan di atas... bilalah ianya membeku dan reput dimamah minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun...... mungkin ianya dapat dilupakan jua.

Saya teringat sabda Rasulallah SAW yang bermaksud, jika melepasi umur 40 tahun, manusia itu tidak berubah sikapnya dari kurang baik kepada yang lebih baik, maka nampaknya dia akan kekal dengan sikap buruknya sehingga akhir hayatnya.

Wahai sahabat-sahabatku tegurlah sahabat-sahabatmu dengan ikhlas dan penuh rasa sayang, jangan sekali-kali mengata di belakangnya, kerana dia akan amat merasa sedih jika disampaikan oleh orang lain kata-kata dari mulutmu. Ingatlah sahabat-sahabatku hidup kita dah tak lama, sepatutnya kita perlu lebih akrab kerana jika dia tiada kita akan merinduinya nanti. Masa itu kita akan rasa kesal yang amat sangat, tapi nak minta maaf dah tak dapat.... jadi cubalah sahabat-sahabatku kurangkan kata-kata nista kepada seseorang yang pernah menjadi sahabatmu, yang pernah makan bersama, menangis bersama, sudah tentu ketawa pun bersama. Di hujung kehidupan ini kita patut membuang bekalan yang rosak dan menambah dengan bekalan yang lebih baik, cantik dan mulia.

Saya sedih bila ada sahabat sebegini....... minta Allah jauhkan sahabat yang sebegini daripada saya. Tiada maaf bagi mereka???????????? ye ke!!!!!!!!!!!

Cabaran Encik Anwar disambut ha..ha..ha..!!!!!!


M. Anwar s'est félicité de l'ha ha .. .. défi ha ..!!!!!!

Bon lah, je suis vraiment excité par le défi de M. Anwar, et cette fois je vais nukilkan un poème intitulé "Si je peux battre !!!!!! !

Là où il ya la vie humaine elle-même.
En l'absence de compassion humaine.

Lorsque les mères de naissance embrasser.
Lorsque le grand-père mengendong.
Lorsque les adultes devraient kah oublié.

Quand a commencé à parler.
Mère enseignement le mot de grâce .. mère ...

Quand mon père a commencé à se déplacer.
Mères ne pas sortir les mains conduire à des mesures plus énergiques.

Quand quand un dicton intelligente et s'en alla.
Il faut savoir si le père et la mère ont été oubliés.

Mille père a accepté mère l'amour d'une.
Y at-il d'un millier de prier pour eux quand ils sont morts.

Une prière d'amour et d'affection
Est indéfectible

Il me semble que c'est tout le cœur nukilkan anxiété quand je cause ... je l'espère ce soir, je dors facile parce que le défi a été de même. Juste un autre défi qui ne s'est pas réuni depuis je n'ai pas été officiellement acceptées.

Depuis la semaine cette semaine pour mon français, donc le sort de tous mes amis parce que je nukilkan sur ce poème dans la langue.

(Rasanya itu sahaja yang dapat saya nukilkan dalam kegelisahan hati bila saya dicabar... mudah-mudahan malam ini saya mudah tidur dengan lena kerana cabaran tersebut telah disahut. Hanya tinggal satu lagi cabaran yang belum disambut kerana saya belum terima secara rasmi.

Memandangkan minggu ini minggu Bahasa Perancis bagi saya, jadi nasib sahabat ku sekalian kurang baik kerana saya nukilkan sajak ini dalam bahasa tersebut.)

10 November 2010

Bila Adnee dicabar


Antara yang menjadikan saya rasa hidup, adalah apabila saya dicabar.. hari ini merupakan hari kedua saya dicabar dalam bulan November 2010. Kali ini saya dicabar oleh Encik Anwar Ketua Farmasi HATTM, mengatakan saya cuba sembunyikan perasaan/ kemampuan/ keinginan kepada bidang yang lebih seni terutamanya mengenai Cinta/ Kasih/ Sayang. Tetapi dari dulu lagi, iaitu dari kecil saya perasan bahawa bidang yang sangat saya suka adalah mengenai manusia (sosial), politik dan melancong. Jadi kebanyakan bahan tulisan saya adalah lebih ke arah ini sahaja. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh menulis lain daripada tajuk-tajuk di atas, kerana imaginasi saya sangat tinggi dan agak tidak keterlaluan kalau saya katakan saya mampu untuk mereka suasana yang romantis.

Walaupun begitu, masa yang diambil untuk menghasilkan karya sebegitu mungkin lama sikit jika dibandingkan dengan penulisan topik yang saya suka. Yang sebenarnya saya mula menulis sejak kecil, seingat saya dalam tingkatan satu atau dua sehinggalah saya di tingkatan 6, semuanya berlaku semasa di kampong. Saya ingat lagi saya ada menghasilkan banyak sajak, dan kini saya sedang berusaha untuk mencari buku tersebut dan kalau berjumpa bolehlah dipaparkan untuk tatapan semua dan nilaikanlah hasil seorang kanak-kanak/ remaja berusia 13 tahun hingga 19 tahun.

Rasanya macam saya nak sambut cabaran Encik Anwar untuk hasilkan nukilan, tapi tak tahu dalam bentuk apa. Kalau anda semua ada cadangan.... jom sampai-sampaikanlah kepada saya.

07 November 2010

Hujung Minggu yang Meriah (7hb November 2010)

Hari ini rumah aku dikunjungi oleh emak, adik-adikku Ainee dan Azmee bersama dengan anak-anak mereka. Breakfast makan nasi goreng, tengahari jugak kami makan nasi goreng, bihun goreng dan spagerti. Nasib mereka baik kerana pokok pisang berbuah dan buahnya dah boleh dimakan, jadi adikku Azmee dengan dibantu oleh kedua-dua Amir (Amiruddin - anak Ain dan Amir Ridhuan - anak Azmee) mengemaskan pokok pisang dan mengagihkan buah pisang untuk dibawa balik ke rumah masing-masing. Yang sebenarnya tak ada aktiviti khusus yang kami buat pada perjumpaan kali ini, kami hanya berbual, tengok TV (dokumentari P.Ramlee dan Spontan) serta bincang sikit tentang cadangan bercuti ke Langkawi hujung bulan ini.

Lepas maghrib mereka bertolak balik ke rumah masing-masing. Azmee balik ke Bangi dan Ain, emak dan Amir balik ke Tampin, esok semua mereka bersokolah. Baru tadi lebih kurang jam 10.15 malam Ain, emak dan Amir selamat tiba. Dan aku pulak tiba-tiba rasa lapar. Jom makan..............

06 November 2010

Menyorot Pembangunan Negara - FELDA

Sedikit masa lagi Malaysia akan melangkah ke dalam kumpulan negara maju. Inilah yang dinantikan oleh semua pemimpin negara, termasuklah kita rakyat marhain. Tetapi adakah kita memahami akan konsep negara maju?, tahukah kita bagaimana untuk menjadi rakyat di sebuah negara maju? bagaimana agaknya tingkah laku rakyat di sebuah negara maju itu dan adakah tekanan hidup sama dengan rakyat di negara mundur atau negara sedang membangun.

Cuba kita renungkan lebih kurang 15 tahun yang lepas, dan kalau ada yang dah hidup lebih kurang 50 tahun yang dulu..... agak-agaknya bagaimana corak kehidupan mereka pada masa itu..... Susah-susah tanya sahaja kepada ayah, ibu, datuk atau nenek kita. Apakah jawapan mereka... Saya jangkakan jawapannya akan berkaitan dengan keselesaan dan tekanan dalam kehidupan... Kalau dulu lebih kurang 50 tahun terdahulu, orang kampong bekerja sekadar untuk menyara kehidupan harian sahaja, kalau ada pun simpanan, untuk mereka menunaikan fardu haji bila usia menjelang senja. Mereka tak pernah berfikir nak beli kenderaan rasanya memadai dengan motosikal atau basikal. Gaya hidup lebih ringkas, di mana di belakang rumah setiap orang kampong ada kebun kecil yang menanam sayuran dan dibela ayam, kambing atau lembu sekadar memenuhi keperluan keluarga dan bukannya untuk business dalam skil yang besar. Masa itu negara baru sahaja 3 tahun mencapai kemerdekaan. Negara kita dalam kategori negara dunia ketiga. Kerajaan mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan kehidupan rakyat. Allahyarham Tun Razak yang juga merupakan bapa pembangunan, tidak tidur malam memikirkan cara untuk meningkatkan taraf hidup rakyat jelata. Mana boleh kita terus dikenali sebagai negara dunia ketiga sahaja sepanjang masa. Cuba lihat program FELDA dan FELCRA yang diperkenalkan, program yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan berjaya, tetapi galang gantinya adalah usaha dan titik peluh peneroka tanpa mengira penat lelah.

Kini terdapat banyak tanah rancangan ini telah menjadi hak mutlak rakyat, tetapi apa yang berlaku sebenarnya????? adakah peneroka-peneroka ini telah menjadi orang yang berjaya??, adakah program ini berjaya??, kita juga perlu lihat lebih jauh adakah generasi tanah rancangan ini berjaya atau terpaksa berkongsi dan bergulat dengan adik-beradik berebut tanah yang tak sampai sekangkang kera itu. Kalau kita nilaikan berjaya berapa banyak agaknya doktor dari tanah rancangan ini, berapa ramai pulak jurutera, tak usah tanya berapa ramai angkasawan atau usahawan, sebaliknya yang ramai adalah doktor yang tak bertauliah (penagih dadah yang pandai suntik diri sendiri dengan dadah).

Yang lebih sedih lagi apabila terdapat tanah yang sepatutnya menjadi hak milik orang Melayau telah digadai kepada bangsa lain. Hairan kenapa peneroka ini tidak merasakan penat lelah mereka sebaiknya memindahkan hak kepada orang lain hanya kerana wang yang tidak seberapanya. Sedih aku lihat kaum ku sendiri....

Sambungan Lecture Komunikas Asas - Nota 2

Perkembangan Komunikasi Di Malaysia

Mula dengan penubuhan Jabatan Komunikasi di Universiti pada tahun 1970an
o USM Jabatan Komunikasi – 1970
o ITM (UiTM) Kajian Sebaran Am – 1972
o UKM Jabatan Komunikasi – 1976
o UPM Jabatan Komunikasi Pembangunan – 1979

Tenaga pengajar dengan 3 fungsi:
o Pengajaran
o Penyelidikan
o Penulisan
o Pengembangan (di UPM)

Jabatan Komunikasi UPM terletak di bawah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan (PPPL). Fungsinya adalah:

o Penerbitan bahan-bahan seperti majalah
o Latihan – pengucapan awam dan amalan komunikasi

Pengasas bidang komunikasi Malaysia. Terdiri daripada pensyarah-pensyarah daripada Universiti di atas. Mereka seperti Prof dr. Mohd Yusoff husain, Prof dato’ Dr. Syed Arabi Idid dan lain-lain.

Perkembangan di Malaysia terpengaruh dengan apa yang berlaku di barat, kerana pengasas mendapat pendidikan dan latihan daripada Barat, walaupun begitu mereka membuat penyesuaian dengan nilai dan budaya masyarakat timur.

Apa pendapat anda tentang perkembangan lain?

Kaedah Penyelidikan Komunikasi: Apa kaitan dengan teori komunikasi

Penyelidikan – satu susunan pengalaman secara sistematik, yang digunakan oleh para sarjana untuk mencari jawapan kepada persoalan tentang komunikasi atau fenomena lain yang berkaitan.
Kaedah
o Eksperimen (Kuantitatif)
Hubungan sebab akibat, sistematik, pembolehubah bebas dikawal untuk melihat kesan ke atas pembolehubah bergantung. A menyebabkan B, B tidak akan berlaku tanpa A. A (bebas) penyebab mesti ujud dulu sebelum B - bergantung (akibat) berlaku.
Contoh: Hubungan sex rambang (bebas) ada kaitannya dengan HIV (bergantung)
Cara belajar (bebas) boleh mengakibatkan keputusan peperiksaan (bergantung)

o Tinjauan (Survey) Kuantitatif
o Guna borang soalselidik/ borang temubual
o Analisis data untuk dapatkan gambaran menyeluruh
o Menguji kesahihan teori
o Sukar pastikan kewujudan sebab akibat dengan data korelasi
o Mengetahui tentang pemikiran manusia (responden)
o Analisis Tekstual (Kualitatif)
o Menerang dan membuat interpretasi sesuatu mesej
o Tidak terhad kepada bahan bertulis sahaja
o Etnografi (Kualitatif)
o Melibatkan diri secara langsung, memerhati, mendengar, tinggal bersama
o Pendekatan interpretif mencari makna sesuatu fenomena
o Melihat upacara, mitos, lagenda, cerita dongeng dan budaya rakyat yang memberi gambaran makna dan nilai komuniti

Proses Penyelidikan dan Proses pembentukan Teori


1. Bertanyakan soalan (Persoalan).
Miller dan Nicholson (1976) dan littlejohn (1996)

2. Membuat pemerhatian
Melihat cara objektif perkara yang dikaji. Cara pemerhatian berbeza antara sarjana – peralatan dan ujikaji terkawal, borang soalselidik, mengkaji rekod dan sebagainya.

3. membentuk jawapan (teori)
difinisi, menerang dan menjelas untuk membuat pertimbangan. Teori boleh dicabar oleh persoalan dan pemerhatian. Walaupun selepas teori dibentuk, ianya masih lagi boleh diuji oleh penyelidik atau sarjana lain. Proses menguji teori adalah proses penyelidikan.

Bentuk Keilmuan dalam komunikasi


1. Keilmuan Saintifik
2. Keilmuan Humanitik
3. Keilmuan sains Social

Komunikasi Sebagai sains Social

Bagaimana ilmu dihasilkan
1. secara Penemuan
2. Secara interpretasi
3. Kritik

(petikan nota UPM)

03 November 2010

Masa dulu-dulu.............


Ini adalah foto aku dan keluarga. Semasa foto ini diambil, umurku lebih kurang 9 tahun. Yang aku ingat kami ambil foto ni, masa kami baru berpindah dari Kem Terendak ke Kem Sikamat Seremban.

Foto ini pulak diambil semasa Hari Raya Aidil Fitri, kami bersama keluarga yang besar termasuk, moyang, atuk, nenek, mak dan bapa saudara, kakak dan abang saudara dan sepupu. Masa ini aku hanya 3 beradik sahaja. Adikku Azmee dan Ainee masih belum lahir lagi. Kalau pandai agak-agak mana aku??????????? tentu yang paling comel... betul tak.


Foto di sebelah kiri diambil sempena Hari Raya Aidil Fitri, tak ingat tahun bila, bersama dengan keluarga Mak Lang saya, iaitu adik emak.




Gambar di bawah diambil di Pantai Port Dickson semasa perkelahan yang dianjurkan oleh Kem Tentera Tanjung Kling, Melaka. Banyak bas yang digunakan untuk membawa kami. Gambar ini dah rosak dan tak berapa jelas. Gambar saya dan adik-adik dengan emak tetapi Adnan tak ada, yang sihat sebelah kiri gambar adalah Dak Jas anak Pakcik Sulaiman dan Makcik Norliah - mereka orang Kampong Air Molek. Mana dia agaknya.

Integriti dan Penjawat Awam

Bulan November telah dijadikan bulan integriti bagi negara Malaysia, manakala 5hb adalah hari integriti nasional. Apa yang difahami dengan perkataan integriti? pada saya perkataan integriti mencerminkan nilai-nilai baik di mana nilai ini perlu dijadikan tunjang semasa seseorang itu memberikan perkhidmatan. Dalam erti kata yang lain perkhidmatan yang diberikan hendaklah jujur, amanah, ikhlas dan bertanggungjawab. Sifat seseorang yang mempunyai sifat integriti dapat dikesan dan dilihat apabila mereka melakukan sesuatu tugas itu dengan penuh tanggungjawab serta betul pada bila-bila masa dan di mana-mana, sama ada diperhatikan oleh orang atau sebaliknya.

Kerajaan kita sibuk dengan kempen untuk menerapkan sifat integriti pada setiap rakyat, maka Pelan Integriti Nasional (PIN) diperkenalkan oleh mantan PM, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi seiring dengan tertubuhnya Institut Integriti Negara. Walaupun PIN dilihat sebagai alat untuk membudayakan rakyat Malaysia dengan integriti, tetapi 'gerak kerja' adalah berpaksikan kepada pendidikan awal, iaitu seawal daripada rumah. Keluarga perlu memainkan peranan utama dalam pendidikan awal ini, bagaimana kalau saya katakan seawal kanak-kanak boleh bertutur dan meminta (demand), seawal itu jugalah pendidikan integriti perlu dimulakan, sudah tentulah pendidikan pada masa ini adalah lebih kepada pujukan dan simbolik. Di samping itu juga keluarga tidak boleh memandang remeh akan pendidikan agama dan pendidikan kemasyarakatan.

Tidak dapat dinafikan bahawa Tuhan menjadikan manusia dengan fitrah bahawa manusia menyukai semua perkara yang baik, yang indah, yang cantik, yang sedap, yang merdu dan yang baik-baik sahaja, tetapi adakah kita akan selalu dapat semua perkata yang terbaik yang kita hajatkan. Dan adakah kita akan redha sekiranya kita tidak dikurniakan perkara-perkara yang baik, dan adakah kita akan cuba dapatkan perkara-perkara tersebut dengan cara yang selain dari cara halal. Jadi, di sisnilah semuanya bermula..... !!!!!!!!! ?????????

Sebagai penjawat awam, kita memang terdedah dengan cara yang selain dari cara halal. Ramai yang tiba-tiba akan menawarkan kita pelbagai nikmat/ perkara terbaik seperti belanjaa makan, belanja melancung ke luar negara, belanja beli peralatan seperti handphone, TV, barangan emas untuk isteri dan pelbagainya. Bila dah buat sekali, untuk kali berikutnya akan jadi lali. Yang sebenarnya ramai yang dah menhidu perkara-perkara seperti ini, tetapi masih mendiamkan diri supaya sahabat tersebut dapat kembali ke pangkal jalan dan insaf.

Kerajaan juga mengetahui perkara ini, oleh itu PIN adalah salah satu mekanisme untuk penghapusan rasuah di samping untuk meningkatkan penyampaian awam, diharap dengan cara ini dapat melahirkan penjawat awam yang positif dan yang boleh menjadi model tauladan kepada staf bawahan.

Bila menyentuh tentang integriti, kita tak dapat larikan diri dari konsep akautabiliti (bertanggungjawab) dan kredibiliti (kebolehan). Seorang penjawat awam itu akan menjadi lebih berjaya sekiranya konsep-konsep di atas dapat digabungkan dan dipraktikkan bersama.

01 November 2010

Catatan Perjalanan - Paris, France Julai 2007

Seperti yang saya janjikan sebelum ni, kini saya ceritakan lagi pengalaman saya semasa bertugas dan berkursus di luar negara. Yang sebenarnya tajuk rencana ini mengambarkan rasa keinginan saya untuk terbang lagi keluar negara terutamanya bersama MAS khususnya untuk bertugas rasmi atau berkursus ke luar negara. Kerana hanya dengan cara ini sahaja saya berpeluang untuk terbang dengan penerbangan yang agak mewah, saya sendiri pun tak pasti adakah saya mampu untuk terbang dengan kelas business, jauh dalam hati saya macam dapat rasakan saya mungkin tidak berpeluang untuk bertugas ke luar negara lagi.

Kelas business penerbangan MAS sangat selesa dan mewah sehinggakan penerbangan selama hampir 20 jam (ke USA - yang paling jauh yang pernah saya lawati) dalam perut kapal terbang pun tak rasa bosan atau jemu, ada sahaja aktiviti yang boleh kita lakukan terutamanya bagai seorang yang suka membaca.
Kerusi dan ruang yang selesa membolehkan kita bergerak dengan lebih mudah, di samping itu setiap penumpang mempunyai kemudahan seperti skrin LCD untuk mendengar lagu, menonton movie dan bermain games. Selain daripada itu keramahan paramugari dan paramugara yang bertugas sangat rajin serta bersopan santun, membuatkan kita tak rasa terasing dan saya sangat jamin kita tidak akan merasa lapar kerana mereka sentiasa tanya adakah kita memerlukan itu dan ini. Mereka sentiasa memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan bersih dan siap sedia untuk digunakan. Photo ini diambil dalam penerbangan MAS dari Charles De Gore, Perancis ke Kuala Lumpur. Masa ini saya baru sahaja bangun dari tidur, itu yang muka macam tak sudah.

Selepas daripada tugas saya di Perancis pada bulam Mac 2007, pada bulan Julai 2007 saya diarahkan untuk membuat pemeriksaan kilang bagi satu peralatan di Genoa, Itali. Walaupun begitu lawatan juga perlu dilakukan ke Toulon, Perancis yang jauhnya lebih kurang 100 kilometer. Perjalanan dari Genoa ke Thoulon adalah dengan menaiki kereta sahaja. Dalam perjalanan itu sempat juga kami singgah di Grasse untuk membeli minyak wangi di Kilang Fragonard Parfumed, kali ini merupakan kali kedua saya ke Grasse. Yang seronoknya di carta collection bunga oleh kilang tersebut sejenis bunga/ tumbuhan diambil dari Malaysia, kalau tak silap nama tumbuhan tu ialah patchouli (pokok nilam) ada ke pokok tu kat sini?.

Saya bergambar di depan Kilang Fragonard Parfumed. Kilang ini menghasilkan minyak wangi yang bersumberkan tanaman, iaitu terdiri daripada bunga dan bahan tumbuhan yang lain seperti batang pokok (bark). Yang sebenarnya terdapat satu lagi kilang yang membuat minyak wangi yang dihasilkan daripada sumber bumi, macam belerang tetapi ianya bukan belerang. Saya kurang pasti dan tak pernah mencuba minyak wangi jenis ini.

Gambar ini diambil di hadapan sebuah kilang yang membina Mine Disposal Vehicle (MDV). Ini adalah salah satu MDV, kilang ini bertempat di Thoulan, Perancis. Bandar ini agak besar dan terletak di kawasan teluk. Kami tiba 1 hari lebih awal daripada ketibaan kapal layar TLDM Tunas Samudra yang mewakili negara untuk bertanding kapal layar peringkat antarabangsa di Poland.

Selepas di Toulan, rombongan kami bertolak balik ke Paris untuk penerbangan balik ke tanah air, tetapi bagi saya, saya akan bercuti di Venice dan Milan.

Paris merupakan antara bandar yang sangat saya suka selepas Mekah dan Madinah semestinya. Yang saya suka tentang Paris adalah bangunannya, antara bangunan dan binaan yang sangat saya suka ialah Eifel Tower, Louve (teringatkan Cerita tulisan Den Brown bertajuk De Vinci Code), Piramid kecil, Gate besar di bandar Paris (kalau tak silap Arch de Triumph), cathedral yang dibina semasa zaman Raja Louis VII, seperti dalam cerita Three Musketeer di mana terdapat seorang pemuda yang kerjanya bunyikan loceng besar gereja tersebut (Quasimodo Hunck back), hotel lama yang macam ada basement di bawahnya yang kini rata-rata dijadikan tempat menyimpan beg dan pelbagai bangunan yang bersejarah serta masih lagi dipelihara dengan baik oleh Kerajaan Perancis.

Cuba perhatikan di keliling Eifel Tower pokok-pokok menghijau tak sama dengan foto selepas ini di mana hanya tinggal ranting pokok sahaja kerana pada masa itu musim sejuk. Musim kali ini adlaah musim panas dan kalau berjalan-jalan di sekitar Paris sangat selesa. Tetapi waktu malamnya agak sejuk juga.

Pada musim panas negara ini mempunyai permandangan yang sangat cantik, bukit dan gunung penuh dengan tumbuhan renet jadi tak nampak bersemak sangat. Di belakang saya kebanyakannya adalah kebun pokok zaitun (olive tree). Saya sempat dihadiahkan sebatang pokok olive yang sekarang ini masih hidup dengan subur.