Ini 1 lagi kisah insan yang Allah swt berikan hidayah. Bertahundia hidup di jalan lain yang dia sendiri tidak sedar akan kebenaran, tetapi mungkin kerana keikhlasan dia, Allah berikan dia petunjuk yang tidak disangka-sangka. Mari kita ikuti kisah beliau.
Seorang paderi Katolik yang telah koma selama 17 bulan dan apabila dia sedar dia menyatakan dirinya adalah seorang Islam. Ia memaklumkan bahawa pada saat dia sedang koma dia mendengar Allah swt berkata-kata kepadanya serta menunjukkan akan keindahan langit. Paderi yang berusia 87 tahun dari Sepanyol telah menghambakan dirinya kepada agama keristian dengan memberikan ceramah agama dan khutbah mengikut ajaran kristian di pulau Jawa selama lebih dari 43 tahun. Makanya tak heranlah jika masyarakat menjadikan beliau sebagai tokoh yang cukup dihormati.
Namun begitu sungguh hairan apabila beliau memaklumkan bahawa beliau tidak tahu apa-apa tentang Islam. Namun beliau pernah sekali membaca Quran tetapi katanya "Tuhan berbicara kepada saya dan meminta saya untuk mengikutinya ke langit dan cahaya suci bersinar melalui seluruh diri saya dan melihat gerbang emas syurga muncul di hadapan saya dan Tuhan menyebutkan namanya ialah Allah,” itulah cerita Eduardo semasa beliau ditanya oleh wartawan dari Kalimantan Press.
Sungguh beruntung kerana beliau tidak mengalami cedera tulang belakang dan dapat berjalan secara
normal dengan segera. Doktar yang merawatnya di Metropolitan Medical Centre Jakarta Selatan sendiri menjadi hairan dengan perkara ini kerana bekas paderi ini terjatuh dari tingkat 2 pasaraya.
Sebagian besar pengikutnya terkejut ketika mengetahui keislaman Eduardo. Dan tak sedikit pula dari pengikutnya yang mulai tertarik untuk memeluk Islam. “Jika Allah adalah Allah yang benar, saya
tidak ingin disesatkan pada hari penghisaban nanti. Saya percaya Bapak Eduardo. Kita semua percaya padanya,” jelas salah satu pengikutnya.
Subhanallah, tiba-tiba saya rasa bertuah kerana saya terpilih lahir dalam keluarga Islam...
Sumber: rakan fb
No comments:
Post a Comment