ini merupakan kali pertama saya buatkan makanan basah untuk kucing-kucing saya yang 9 ekor tu. Hasrat awalnya adalah untuk mempelbagaikan makanan mereka dengan mengurangkan garam.
Diet mereka sebelum ini adalah: breakfast dengan 2 x 400gm can food. Lunch mereka adalah RC kibbles dan dinner mereka adalah nasi dengan ikan mabong rebus.
Dari rakan-rakan fb saya didedahkan dengan pelbagai cara untuk menghasilkan makanan kucing ini. Kali ini saya buat sedikit dulu untuk melihat sama ada mereka suka atau tidak. Jadi inilah langkah-langkahnya.
Yang hijau tu adalah bayam, yang kaya dengan zat besi yang sangat penting buat sibulus kita. Semuanya saya blender halus.
Saya gunakan 2 jenis agar-agar iaitu agar-agar biasa dalam peket panjang dan 2 bungkus agar-agar swollow
Isi ikan dan semua sayur di atas diblender halus, ini adalah penting bagi menentukan tulang-tulang halus hancur.
Tulang ikan juga saya blender dan tapis untuk ambil airnya saja dan tulangnya dibuang.
Masukkan semua bahan yang dibelender dalam agar-agar yang melengak dan kacau hingga masak.
Angkat dan masukkan dalam bekas. dari masa ke masa kena kacau jika tidak isi ikan akan mendap ke bawah dan di atas akan terbentuk agar-agar kosong saja.
Dah sejuk saya belanja budak-budak tu dan mereka agak suka juga. Jadi setiap pagi sekarang ni mereka makan wet-food buatan rumah dengan dicampurkan dengan 400gm makanan can-food terutamanya jenis Qiut.
Cubalah dan tengok macam mana dengan selera kucing anda.
No comments:
Post a Comment