Ramai yang bertanya, boleh ke kita kasikan (neutered) haiwan kesayangan kita seperti kucing dan anjing. Setahu saya fatwa telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bahawa hukum mengkasi haiwan adalah harus atas sebab-sebab tertentu untuk menjaga maslahah ummah.
Perhatikan sekarang berapa ramai yang suka memelihara kucing, dan sudah tentu anda tidak dapat mengawal haiwan tersebut untuk membiak apabila tiba masanya. Akibatnya maka bertaburan tanpa terkawal bilangan haiwan tersebut, sebagai jalan mudah ramai manusia hanya membuang anak-anak kucing kecil yang tidak berdaya sebaliknya menyimpan ibunya.
Bagi saya sikap tersebut lebih zalim dan tidak keperikemanusiaan kerana memisahkan anak-anak sehingga anak-anak kucing ini mati. Terdapat ramai juga yang menyuarakan bahawa seseorang itu berdosa jika menyekat kemahuan fitrah haiwan ini, tetapi dengan mengkasi haiwan ini kita bukan membunuh atau menyebabkan mereka sakit atau tidak sihat tetapi dengan kaedah mengkasi kita memastikan haiwan peliharaan kita lebih sihat dan menghalang kita dari terus berdosa dengan membuang, menyeksa, mencederakan anak-anak/ kucing-kucing.
Mari kita sama-sama fikirkan dan ambil tindakan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment