Comelnya gaya Adik tidur, sebab badan dia yang semakin tambun dan muat-muat je kat tingkap, Adik terpaksa julurkan kaki dia sebelah untuk rasa selesa. Hairan sungguh dengan sikap Adik yang suka sangat duduk dan tidur di tepi tingkap.
Tu nampakkan ketambunan dia, bulat badan dia menjadi-jadi dan berat badan dah hampir 7 kilo. Peha dia kental dan sedap dipegang. Dari segi berat Adik menjuarai antara 9 ekor kucing saya dan kemudian jatuh kepada ibu dia Oky dan adik dia Zizi. Adik kembar yang bernama Baby atau abang hanya 5 kilo lebih sahaja. Mereka berdua sudah berusia 1 tahun setengah bulan.
No comments:
Post a Comment