Saya ada tugas rasmi di Pejabat TNB Brickfields. Selepas selesai tugas kami bertolak balik ke pejabat. Terus terang saya katakan saya memang tidak familiar dengan kawasan ini. Saya ke TNB menggunakan kenderaan Jabatan jadi, memanglah tidak sesat. Kalau memandu kenderaan sendiri tak tahu apa akan jadi.
Kawasan ini memang terkenal dengan rakyat Malaysia yang berketurunan India, mereka berada dan meneroka kawasan ini semenjak dari nenek moyang mereka tiba dari Negara India. Kini kawasan ini saya lihat seperti di India, patutlah ianya dikenali sebagai Little India.
Perasan tak ada lukisan seakan 'kollum' atas jalan raya dan bentuk air terjun yang seperti buyung/ takir keseniaan India.
Kawasan ini dah cantik dengan dihiasi bangunan yang tinggi-tinggi, tetapi yang cantiknya adalah deretan pokok-pokok hijau di hadapan bangunan dan deretan pokok-pokok bunga pelbagai warna di bahu jalan. Deretan lampu jalan yang berbentuk putaran.
Pintu Gerbang yang dihiasi di atasnya seperti bulu merak dengan kubah kecil.
No comments:
Post a Comment