Pada 30 Oktober 2014, saya mendapat panggilan dari Hospital Haiwan Kerajaan di Cheras untuk mempercepatkan jadual pembedahan casitation Itam dan Kiki. Sepatutnya pembedahan mereka adalah pada 6 November 2014 tetapi dicepatkan.
Tanpa berfikir saya terima je sebab saya berhasrat untuk menyempurnakan neutered kepada 3 lagi kucing saya iaitu Zizi, Mimi dan Jiji. Maka pada tarikh yang ditetapkan saya bawa mereka ke Veterinar tersebut pada awal pagi. Masih belum ramai jadi tidak lama sangat menunggu.
Seperti yang selalu saya katakan mengenai si Kiki sicomel saya yang tidak suka dikurung, akan mendatangkan masalah jika terlalu lama mengunggu. Jadi saya sangat berharap masa menunggu kami tidak lama, jika tidak susahlah saya dibuatnya nanti. Tempoh masa pembedahan tidak lama, lebih kurang 10 minit untuk Itam dan 30 minit untuk Kiki.
Foto di atas: Melihat mereka terbaring timbul rasa belas dan kasihan saya kepada mereka.
Lebih kurang jam 11 pagi kami dah sampai ke rumah dan saya masukkan mereka ke dalam sick-bay mereka. Lama juga mereka pengsan dan lebih kurang jam 5.00 petang baru mereka bangun dan minta keluar dari kandang. Agaknya mereka sangat lapar jadi mereka menghulurkan tangan masing-masing minta makan.
Takut mereka muntah jadi saya tangguhkan sehingga selepas magrib baru sediakan minuman dan makanan untuk mereka. Makanan yang saya berikan apa yang dibekalkan oleh Veterinar tersebut. Saya doakan agar mereka cepat sembuh dan bolehlah berlasak seperti biasa.
No comments:
Post a Comment