Balik beraya di kampong baru-baru ni saya ditemani oleh 9 ekor kucing yang saya pelihara di Kuala Lumpur. Kali ini balik kampung kereta saya penuh dengan penumpang-penumpang kecil ini di samping mak. Selepas ambil mak di Yayasan Al Jenderami, saya ambil keputusan untuk keluarkan semua kucing-kucing dari carrier mereka dan supaya mereka bebas bergerak di dalam kereta saya yang kecil.
Apabila tiba di rumah Adik, anak kucing Shima dah ada di rumah dan dia dah menguasai rumah. Takut mereka bergaduh saya mengambil keputusan untuk mengurung kucing-kucing saya di dalam bilik tidur saya sahaja. Makanya bilik air saya jadi bilik tandas mereka.
Wawa adalah anak saudara saya yang juga sangat sukakan kucing. Setiap hari dia akan berada di bilik saya untuk bermain dengan kucing-kucing tersebut. Sayangnya kebanyakan kucing-kucing saya sangat takutkan orang lain, jadi hanya 2 ekor tu sahaja (Mimi dan Nini) yang berani bermain dengan Wawa, manakala yang lainmenyorok di bawah katil.
Bergolek-golek si Mimi dan Si Nini bermain dengan Wawa. Sekejap melompat, sekejap mengeleng dan sekejap berpusing-pusing. Terkekeh-kekeh pula Wawa ketawa melihat gelagat Mimi dan Nini. Kucing sememangnya haiwan yang menenagkan perasaan manusia.
No comments:
Post a Comment