07 August 2014

Boikot Produk Israel

Boikot produk Israel sangat perlu bagi memastikan kita tidak terlibat secara tidak langsung dalam perbuatan sengaja Israel menghapuskan saudara-saudara seislam kita. Namun begitu boikot ini juga perlu disertai bersama oleh sahabat-sahabat kita yang bukan beragama Islam kerana perbuatan pembunuh merupakan agenda utama Israel dalam penghapuskan bangsa Palestine.

Namun begitu kita juga perlu bijak dalam menentukan apakah produk Israel yang ada di sekeliling kita. Produk mereka ini juga sahaja dikeluarkan di negara Israel malahan banyak yang dikeluarkan dari negara lain seperti Amerika Syarikat dan lain-lain negara. Oleh yang demikian adlah sagat bijak sekiranya kita mengambil sedikit masa untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk tersebut. Dalam membincangkan perkara yang serius ini kita juga jangan tersilap langkah kerana kesilapan kita boleh memusnahkan industri bangsa dan agama kita sendiri. Sebagai contoh kita wajn boikot Mc Donald's tetapi bukan KFC. Tindakan boikot perlukan ilmu dan pengetahuan dan bukannya membabi buta. 

Tidak mungkin usaha kita seorang memadai, oleh yang demikian gunakan networking yang sangat luas bagi mengedar dan menyampaikan maklumat-maklumat tersebut. Sebagai contoh fb adalah produk Israel dan dengan produk ini juga kita boleh menyerang semula Israel dengan lebih meluas dan tanpa mengalirkan darah, semoga perjuangan kita ini dapat membantu saudara-saudara kita di Palestine. Semoga usaha kita ini diberkati oleh Allah swt. Selamat berboikot . . . . 

No comments: