14 August 2014

Selepas Sejam Baby dan Adik Dioperasi

BAby dan Adik selepas sejam menjalani operasi OHE di Hospital Veteriner Cheras. Pada hari itu iaitu 7 Ogos 2014 banyak haiwan yang dijadualkan menjalani operasi yang sama.

Rupanya bukan saya sahaja yang membawa 2 ekor kucing untuk OHE dan ada yang membawa 3 ekor haiwan. Maklumlah pada hari ini rupanya ramai foktor pelatih dari UPM yang datang untuk menjalani praktikal mereka agaknya.

Kelihatan Baby dan Adik dengan nombor giliran 5009 di dahi mereka. Mereka berdua masih lagi pengsan akibat dari ubat bius. Kali ini saya memegang dan memujuk mereka berdua semasa mahu disuntik bius. Tipsnya dalam tempoh selepas disuntik tuan punya haiwan tidak digalakkan bersuara kerana ianya menjadikan sebab haiwan tersebut lambat pengsan.

Tiba di rumah saya masukkan mereka berdua ke dalam sangkar bagi mengawal mereka dari berjalan. Tetapi mereka lambat sedar lebih kurang jam 5 petang. Disebabkan mereka terkurung di dalam kandang makanya mereka tidak bergerak lasak.

Kesian saya lihat mereka berbaring kerana pada hari-hari biasa mereka sangat lasak dan sentiasa berlari dan berkejaran. Harap mereka faham apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikkan mereka juga.

Sekarang ni telah hampir 6 hari mereka menjalani operasi tersebut dan mereka telah pulih seperti sedia kala, lasak dan bermain dengan adik-adik seperti biasa. Nafsu makan bertambah. 

No comments: