16 August 2014

MH17 JADI "UMPAN" US UNTUK SERANG RUSSIA?

Pandangan seorang penulis yang menarik untuk difikirkan:

MH17 dijadikan "umpan" sekali gus menjadi mangsa akibat muslihat US dan NATO untuk mencetuskan konflik besar-besaran dengan Russia. Niat jahat US dan NATO untuk "membela" Ukraine yang mengemis hendak menyertai EU dan NATO meninggalkan Russia yang banyak membantu Ukraine dari segi pembekalan gas dan patrolium untuk negara tersebut.

US dan NATO ingin menjadikan Ukraine sebagai "negara pertahanan" bagi Europah menentang Russia. Mereka mahu menguasai Laut Hitam di mana terdapat markas tentera laut Russia. Bila Ukraine tetap menyebelahi NATO/ US maka Putin mengambil tindakan tegas dan berani iaitu mengisytiharkan Cremia yang ramai penduduk Russia dan Tartar sebagai wilayah barunya.

Russia akan mempertahankan Laut Hitam dengan segala armadanya kerana itu adalah satu markas pertahanan laut Russia yang penting untuk keluar ke Laut Mediterranean. Selain Cremia, Russia juga mempunyai penduduknya yang ramai di Ukraine Timur yang kini dikuasai oleh pihak pemberontak pro Russia.

US dan Barat mengancam tindakan ekonomi terhadap Russia atas alasan merampas Cremia dan menyokong puak pemisah Ukraine. Namun Russia tak gentar. Russia juga ada senjata sulit untuk menentang US dan NATO. Besar kemungkinan Putin sudah maklum tindakan sekatan ekonomi ke atas negaranya. Pasti dia ada alternatif lain untuk menentang sekatan itu. Kita tidak tahu.

Bagaimana MH17 masuk dalam agenda jahat US dan NATO? Pihak pertubuhan syarikat penerbangan komersial antarabangsa telah memaklumkan kepada semua syarikat penerbangan tentang laluan bahaya di ruang udara Ukraine yang sedang berperang dengan puak pemisah itu. Mustahil pihak MAS tidak menyedari maklumat kawasan perang tersebut.

Hari yang malang itu dikatakan MH17 melalui ruangan Ukraine dari Amsterdam, Belanda ke KL. Ada dua jet Ukraine mengawasi MH17. Pihak pemisah memang mempunyai peluru berpandu yang dibekalkan Russia. Kononnya pemisah hendak menembak jet Ukraine tersebut. Dua peluru berpandu dilepaskan. Jet2 Ukraine sedar penembakan peluru tersebut melalui alat pengesan peluru berpandu dalam pesawat mereka. Mereka dapat mengelak peluru berpandu Russia yang mengesan melalui kepanasan suhu (heat wave) enjin jet.

Malang bagi MH17 pesawat komersial tidak ada pengesan panas. Lalu dua peluru berpandu pemisah menjadikan MH17 sebagai sasarannya. Sekarang US dan negara2 Eropah yang menganggotai NATO menjadikan MH17 sebagai alasan untuk "mengajar" Russia. Ingat peristiwa 11 September yang memusnahkan Twin Tower di New York dan akibatnya US menyerang Afganistan? Tapi Russia bukan Afganistan yang kini dikuasai oleh boneka US Hamid Karzai.

Russia tidak gentar menghadapi NATO dan US takdirnya berlaku peperangan. Kalau US dan NATO cuba menyertai Ukraine untuk menentang Russia besar kemungkinan Perang Dunia Ketiga akan berlaku. Eropah akan kembali terbakar dan US juga tidak selamat. Russia juga ada senjata nukliar dan peluru berpandu yang boleh menyerang sasaran beribu km dari Moskow. ke US.

MH17 malang sekali. Ia dijadikan "umpan" untuk US dan NATO mencetuskan perang terbuka antara Eropah dengan Russia sekiranya tidak ada penyelesaian secara diplomatik diperolehi...

Sumber: fb Yahya Ismail

Apa pandangan anda pula dalam tragedi yang menimpa MH17. Bagi saya ianya bukan berlaku secara tidak sengaja, sebaliknya ianya terjadi adalah dalam perancangan pihak/ pihak-puhak berkepentingan. Hanya yang saya tidak pasti siapa pihak/ pihak-pihak. Tetapi Allah swt maha mengetahui. Lambat laun akan diketahui jug nanti. Yang menjadi persoalan yang masih berlegar dalam minda saya adakah tragedi ini melibatkan Israel? ada kemungkinan kan? Sebab-sebabnya saya tak dapat nak siarkan di blog ini kerana ianya terlalu sensitif... saya nak tunggu jika ada terbaca sesiapa yang mempunyai pandangan yang sama dengan saya dan saya akan bergabung pandangan dengan mereka.

No comments: