17 August 2014

Terbunuhnya Seorang Pakar Pemusnah Bom Gaza

Allah swt telah menjemput kembali saudara Rahed Taysir al-Hom, 43 tahun yang merupakan ketua kepada unit pemusnah bom di Gaza pada 13 Ogos 2014 yang lepas. 

Beliau bertanggungjawab terhadap apa sahaja bom atau objek yang tidak meletup di Gaza. Ketika serangan Israel pada tahun ini beliau menerima 70 panggilan telefon sehari dan berhadapan dengan 400 butir bom sehari. Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang ini maka beliaulah hero di belakang tabir di Gaza.

Dengan alat keselamatan dan peralatan yang terhad beliau tetap melaksanakan tugas dengan berani dan cekal demi menyelamatkan rakyat Gaza. Tetapi sayangnya beliau terbunuh beberapa hari selepas ditemuramah oleh wartawan The Guardian.

Beliau terbunuh selepas cuba mematikan bom seberat 500 kg pada rabu lepas. Semoga Allah mengurniakan syurga tertinggi kepada beliau!

Sumber: The Guardian [AKA] melalui Aqsa Syarif

Pendapat dan doa saya - semoga Allah swt akan melahirkan lebih ramai pemusnah bom bagi menggantikan arwah Rahed untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan olehnya. Semoga lebih ramai rakyat Palestine akan selamat dari bom-bom yang berselerakan yang tidak meletup.

No comments: