19 August 2014

Puteri Vibhavadi Rangsit & Keajaiban Langkasuka

Pada tahun 1963 seorang jurnalis British, Stuart Wavell telah mengembara ke Semenanjung Malaysia dan menyelusuri Segenting Kra bersama Ekspedisi Cambridge untuk mencari jejak-jejak Malay city-state paling 'berhantu' dalam sejarah Asia Tenggara.Langkasuka dan Tambralinga, di mana dalam catatan China sekalipun telah menerangkan kehebatan dua kerajaan ini dengan kota-kota bertembok tinggi dan pelabuhan yang masyhur. Stuart Wavell akhirnya tenggelam dalam dejavu; kehadiran seorang gadis cantik berpakaian seperti seorang puteri di era Srivijaya, dengan hiasan kepala yang begitu mengasyikkan seolah-olah dia berada di dalam mulut seekor naga. Mimpi ini membawa beliau jauh ke Segenting Kra dan menemui pelbagai pengalaman yang mengasyikkan dan bertemu dengan seorang gadis Melayu bernama Naga Emas, seorang penari Manora.

Naga Emas telah membukakan satu rahsia kepada Stuart Wavell; lokasi istana Puteri Saadong dan kota lama Langkasuka. Stuart Wavell bersama ekspedisinya telah menjejaki semua petunjuk ini dan menemui artifak penting di Yarang, Thailand.

Stuart Wavell akhirnya menyedari kata-kata Naga Emas,

"....yang tertua dari segala keajaiban Langkasuka.."

Penemuan Stuart Wavell telah menemukan banyak misteri; asal-usul tarian Menora yang berkait rapat dengan Malay city-states sebelum kedatangan imigran Thai. Beliau juga telah mencadangkan lokasi ibukota Langkasuka. Ini telah menarik perhatian Puteri Vibhavadi Rangsit, seorang kerabat diraja Thai yang berkhidmat di selatan Thai. Beliau telah menjalankan kajian untuk menjejaki sejarah Langkasuka dari pengembaraan romantik Stuart Wavell tersebut. Namun malangnya, sebelum sempat puteri itu menghabiskan penemuannya, beliau telah terbunuh dalam serbuan komunis pada Februari 1977 di Surathani, tempat yang sama ditemui batu bersurat tentang raja Sri Dharmaraja yang mengaku dari keturunan raja-raja Sailendra dan Srivijaya.

(petikan dari Alter Terahsia Bangsa Melayu XXIV : The Origin of The Sea Dragon)

p/s: Saya sampai ke hari ini tertanya-tanya apakah artifak yang ditemui Stuart Wavell dan yang paling penting, penemuan puteri itu. Beliau terbunuh di lokasi sejarah! Saya syak alasan 'komunis' itu adalah palsu. Daerah Suthani memang menyimpan 1001 misteri dan sejarah negeri-negeri Melayu Segenting Kra sejak era Funan lagi.

Kita tahu Raja Thailand adalah pemerintah monarki yang terkaya di dunia. Sebenarnya banyak harta karun yang mereka temui di selatan Thai terutama penemuan baratus-ratus keris purba yang 'leak' dalam sebuah forum pada tahun 2010 yang lalu.

~Srikandi
The Secret Heir of Cik Melati Amarawangsa of Grahi

No comments: