Pemerhatian Sinar Harian Online mendapati, kebanyakan peserta himpunan mula berkumpul seawal jam 2 petang.
Kebanyakan peserta himpunan mengambil kesempatan membeli baju, selempang dan pelbagai cenderahati yang bercorak bantahan dan penentangan terhadap rejim Zionis.
Bagi mereka, cuaca panas terik tidak dapat menghalang langkah masing-masing untuk bersama-sama dan bersatu menyuarakan penentangan mereka terhadap serangan ke atas penduduk di tanah Gaza.
Kehadiran konvoi peserta himpunan dengan ratusan motosikal berkuasa tinggi menggamatkan lagi suasana, sekaligus membuktikan keprihatinan pelbagai golongan dari negara ini terhadap Gaza.
Rata-rata peserta tidak berganjak malah makin kuat menyorak kecaman terhadap Israel biarpun sudah hampir tiga jam berpanas di situ.
Semakin lama detik berlalu, kehijauan dataran semakin ditenggelami lautan rakyat Malaysia yang gigih menjulang poster, mengibar bendera Palestin dan Malaysia sambil melaungkan kata-kata desakan bagi menghentikan kekejaman Israel.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/
Ini bukan kerana agama tetapi kerana kemanusiaan. Pada saya Israel adalah pengganas terkejam di dunia ini mengalahkan Nazi. Benarlah firman Allah swt di dalam Al Quran bahawa bangsa ini memang kejam dan punca kemusnahan bumi ini. Walallahualaim.
No comments:
Post a Comment