Oky selepas beberapa minit dioperasi. Oky menjalani prosedur OHE, iaitu nuteredkan dia... kesian juga melihatkan Oky dibius dan tidak sederkan diri, No giliran masih lagi terlekat di dahinya.
Elok tidurnya Oky mungkin ubat bius masih bersisa dalam tubuhnya. Bekas operasinya tidak besar dan saya jangkakan mungkin Oky tidak perlu berpantang lama.
E-collar dipasang ke leher Oky bagi mencegah dia dari menjilat lukanya dan menahan dia dari bergerak aktif.
Bimbang dia memanjat dan terjun katil saya letakkan dia di atas simen je.... Baru-baru operasi Oky kerap muntah-muntah, habis ecollar pink dia yang cantik tu terkena muntah. Haiwan pun sama dengan manusia akan keluarkan banyak angin dalam perut akibat operasi...
Bagi menghalang dia bergerak saya letakkan Oky dalam carrier haiwan. Tetapi kasihan kerana carrier tu menghalang permandangan Oky. Kandang Oky sedang digunakan oleh Itam, jadi saya terpaksa mencari kandang baru untuk Oky.
No comments:
Post a Comment