Sinakal yang sangat saya sayang. Si abang yang sayangkan adiknya. Si hensom yang selalu rasa dikasihi. Antara anyak-banyak kucing saya Si Baby inilah yang sangat manja.
Dia akan datang untuk bermanja dengan menjatuhkan dirinya ke tangan saya sambil mengesel-geselkan kepalanya. Walaupun dia tak suka sangat dipegang lama tetapi dia suka berada di sekeliling manusia.
Makin besar banyak banyak ruang rumah diterokaiinya. Rumah saya yang kecil bagaikan tak dapat menyediakan ruang yang mencukupi untuk dia dan aadik-adiknya. Kasihan.....
Baru-baru ini atas peti sejuk inilah menjadi pot barunya. Dia akan selalu berada di atas peti sejuk selepas makan. Kadang kala sehingga tertidur...
Apa agaknya perasaan dia berada di tempat tinggi. Kalaulah saya berpeluang untuk bertugas di negari asal ibubapa saya dan menetap di rumah orang tua saya mungkin kucing-kucing saya akan gembira kerana ruang untuk mereka menerokai dan bermain sangat besar.
No comments:
Post a Comment