Innalilla wainnalilla hirojiun. Dari Allah kita datang kepada Dia kita kembali. Astagfirullah halazim. Ya Allah ampunkan kami dan mudahkan urusan kami ini.
Pada tengah malam pada 17 Julai 2014 negara ini digembarkan dengan berita buruk yang menimpa sebuah pesawat MAS iaitu MH17 yang terhempas kerana ditembak jatuh dengan peluru berpandu di ruang udara Ukraine. Tembakan dipercayai dilepaskan oleh tentera pemisah yang pro kepada Russia.
Bukan sahaja Malaysia terkejut dengan kecelakaan ini, sebaliknya semua dunia seakan dikejutkan dengan keganasan yang dilakukan oleh sebuah negara besar iaitu Russia. Pada pandangan saya sangat mustahil sekumpulan pemberontak yang tidak mampu mengadakan pakaian seragam untuk anggota kumpulannya mampu mempunyai senjata yang sofistikated seperti yang menembak MH17 jika ianya bukan disalurkan oleh kuasa besar.
Wayang yang sedang dan makin pelik berlaku di sana. Pada awalnya tentera pemisah pro Russia meraikan kehancuran pesawat tersebut kerana menyangkakan ianya adalah pesawat Ukraine tetapi apabila mereka mengetahui bahawa pesawat yang mereka tembak adalah pesawat Malaysia cepat-cepat mereka menarik balik siaran yang telah dilakukan di atas talian negara mereka. Mereka telah merancang untuk menimbulkan kemusnahan terhadap insan yang tidak berdosa walaupun pada awalnya sasaran mereka adalah kepada Ukraine.
Apapun terjadi secara peribadi saya tidak mungkin menyalahkan Malaysia apatah lagi MAS dalam kejadian ini. Yang berlaku adalah atas kehendak Allah swt. Bagi keluarga mangsa saya menyampaikan takziah dengan berdoa agar mereka sentiasa tabah dan redha dengan kehendak Tuhan. Kepada keluarga yang beragama Islam kita sama-sama doakan semoga ahli keluarga yang menjadi mangsa ditempatkan oleh Allah bersama-sama dengan kekasih Allah.
Kepada MAS, tahun ini memang tahun musibah dan kedua-dua insiden yang berlaku iaitu MH370 dan MH17 bukannya kesalahan MAS sebaliknya adalah disebabkan oleh pihak ketiga. Tetapi terimalah takdir ini dengan hati yang terbuka dan susun semula langkah pro aktif yang perlu diambil bagi mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan MAS.
Kepada Kerajaan, pada saya ini adalah isyarat yang Allah swt hantar untuk melihat semula apa yang telah berlaku dalam pentadbiran negara. Toleh belakang dan perhatikan apa yang kita dah lakukan dan apa yang tidak kita lakukkan, adakah ianya mengikut lunas-lunas Islam.
Saya mendoakan sekali lagi semoga selepas ini Kerajaan Malaysia, MAS dan keluarga mangsa pulih dari isu atau masalah yang sedang dihadapi.
No comments:
Post a Comment