Kata orang ketakuatan oleh seseekor kucing boleh menjadi baik apabila kucing tersebut diberikan ruang mereka sendiri atau lama kelamaan mereka menjadi sembuh. Tetapi rasanya tidak pada Adik.
Tetapi saya sangat risau dan menjadi takut apabila Adik (kucing saya yang berumur 6 bulan setengah menjadi semakin takut. Saya perasan ketakutannya yang semakin menjadi-jadi semasa Adik saya Shima menbawa kucingnya yang juga nama Adik bercuti di rumah saya pada penghujung bulan Mei yang lalu.
Apabila rombongan Shima tiba, tiba-tiba Adik dah tak kelihatan. Puas saya cari rupanya dia sembunyi di bawah meja komputer.
Untuk tenangkan dia saya masukkan Adik, emak dia Oky, abang dia Baby dan ke5 adik-adiknya ke dalam bilik tidur saya. Adik menjadi tenang sedikit dan tertidur berbantalkan bantal tidur saya mungkinkah bau saya di bantal tu membuat dia sedikit tenang. Saya sedang mencari kaedah atau mungkin ubat untuk membuatkan dia pulih seperti kucing lain. Kasihan Adik....
No comments:
Post a Comment