Aktiviti yang sangat saya suka... senaman pagi yang ringan-ringan sahaja. Kali ini senaman pagi ini saya ikuti bersama semasa saya bertugas sebagai urusetia di Kursus Team Building yang diadakan di Kem Tekali pada bulan Jun yang lalu.
Bagusnya jurulatih ini dia lakukkan kedua-dua kaedah iaitu secara high impact dan low impact. Saya sudah akan melakukan senaman pagi ini secara low impact memandangkan buku lali saya sendiri sudah cedera dan mungkin akan terseliuh pada bila-bila masa.
Sebelah saya adalah Pun Nik Shamihah Ketua Sektor Pendidikan Islam. Ramai lagi pegawai-pegawai kanan yang juga mengikuti senaman pagi ini termasuklah mantan Pengarah Pendidikan KL iaitu Tuan Abdullah bin Mad Yunus.
Antara pegawai-pegawai yang tidak melepaskan peluang.
1, 2, 3, 4, dan 4 lagi.... camtulah. Jangan malas angkat tangan dan gerakkan kaki....
Kelihatan Puan Laila Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan begitu bersemangat sekali.
No comments:
Post a Comment