Hairan saya lihatkan kelakuan Si Baby (abang) dengan adik-adiknya Mimi dan Jiji. Selepas Oky dinueteredkan dia mungkin dah tak ada susu sedangkan si kecik 5 beradik tu masih lagi memerlukan susu untuk membesar.
Si kecil 5 beradik tu dah berusia 3 bulan lebih, sepatutnya kucing dah bercerai susu. Setiap kali mereka mendekati ibu mereka Oky, Oky akan menendang mereka. Jadi mereka menyusu pula dari abang mereka SI Baby dan Si Aduk.
Agaknya mengerti kehendak adik-adiknya kedua-dua Si baby dan Si Adik membiarkan saja adik-adik mereka menyusu dari mereka. Apa yang kucing jantan ada? agaknya si kecil ber5 tu hanya nak lepaskan giat je.
Ai Baby boleh tidur lena bila adik-adiknya menyusu dari dia. Kasih abang kepada adik-adiknya.
Saya pun kasihan juga dan seminggu sekali saya berikan mereka susu untuk kucing yang saya beli dari kedai, harap sebagai ganti susu ibu mereka.
No comments:
Post a Comment