Biasanya beginilah keadaan Oky dan anak-anaknya selepas makan dan bermain. Mereka akan cari port yang selesa untuk meluruskan badan.
Biasanya Oky yang akan mula-mula cari tempat, kemudian datang si anak untuk menyusu dan Oky akan halang anaknya dari menyusu . . . si anak hanya mampu melenggar di sekeliling Oky sahaja. Si Adik terlentuk macam nak tidur . .
Mungkin sebab si anak sudah besar makanya Oky tak mahu lagi menyusukan anak-anaknya. Kesian saya lihatkan budak 2 ekor ni. Si Adik termenung panjang ..
No comments:
Post a Comment