21 February 2014

SI PENENTANG ISLAM AKHIRNYA MEMELUK ISLAM

Namanya ialah Daniel Streich. Beliau adalah seorang tokoh terkenal daripada 'the Swiss's People Party (SVP)'. Pada awalnya beliau sangat lantang menentang pembangunan Masjid di negaranya Swizeland. Namun beliau berubah fikiran dan berubah halua apabila beliau memeluk Islam dan keislaman nya itu telah mengejutkan masyarakat di negaranya.

Laman sesawang islamicbulettin.com pernah melaporkan bahawa Daniel Streich adalah seorang penganut kristian yang taat. Dia dibesarkan dengan ajaran Kristian malah beliau bercita-cita menjadi seorang paderi di zaman remajanya.

Ketika zaman remaja, dia mulai gemar berpolitik dan terus terjun menjadi salah seorang anggota parti ternama di Swizerland iaitu The Swiss People's Party (Schweizerische Volkspartei, SVP).

SVP adalah merupakan parti utama di Swizerland yang turut dianggota oleh para cendekiawan, para mahasiswa, ilmuwan dan aktivis politik dari pelbagai latar belakang dan semestinya yang menyertai nya adalah Non Muslim. Parti ini menjadi penentang utama terhadap penyebaran Islam dan Daniel Streich merupakan salah seorang aktivisnya yang paling lantang berkempen menyeru penutupan semua masjid di Swizerland.

Dia telah mengadakan kempen anti-Islam ke seluruh negaranya. Bahkan dia telah menabur benih-benih kemarahan dan cemuhan di kalangan umat Islam di Swizerland. Daniel Streich berkata bahawa mimbar dan kubah masjid tidak sesuai dengan budaya negara itu. Dia juga menuding jari bahawa Islam adalah agama bagi pengganas, agama pembuat kerosakan dan memicu kekerasan.

Dalam usahanya untuk melenyapkan syiar Islam dari muka bumi Swiserland, dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga sanggup mempelajari al Quran dan mendalami Islam. Dia berharap dengan memahami ajaran Nabi Muhammad itu, dia mampu meruntuhkan iman kaum Muslim. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, dia semakin terpesona dengan agama Allah ini. Dan sesungguhnya Allah itu maha berkehendak dan Maha memberi hidayah kepada sesiapa yang di kehendakiNya.

"Banyak jawapan dan perbezaan yang saya perolehi ketika mempelajari Islam. Agama Islam memberikan saya jawapan yang cukup bernas dan logik di atas persoalan-persoalan penting hidup yang saya tidak temui di dalam agama saya sebelum ini," katanya.

Kalau dulu Daniel Streich sering meluangkan waktu membaca Bible dan sering ke gereja tanpa gagal tetapi kini dia istiqamah membaca al Quran dan menyempurnakan solat lima waktu pada setiap hari dan rajin pula ke Masjid.. Subhanallah..

Dia mengambil keputusan untuk keluar daripada SVP dan mengumumkan status ke'Islaman'nya secara terbuka malah beliau berazam untuk membina masjid utama yang ke 5 di Swizerland yang dikatakan sebagai masjid yang tercantik di Eropah.

No comments: