12 February 2014

Perginya Guruku Pak Yazid Jaafar

Innalillawainnalila hirojiun . .  Pak Yazid (Kampong Baru) telah kembali ke rahmatullah pada pagi Isnin yang lepas, iaitu pada 10 Februari 2014. Saya mengenali Pak Yazid sudah hampir 30 tahun di mana saya bersama-sama rakan-rakan kerap berjumpa di rumahnya untuk mempelajari ilmu-ilmu pengajian Islam. Banyak jasanya dia kepada rakan muda mudi di Kuala Lumpur.

Antara jasa-jasa Allahyarham Pak Yazid yang lain yang saya ambil dari internet adalah seperti berikut:

1. Mengetuai perbarisan hari merdeka pada 31 Ogos 1957 - iaitu sejarah negara ini terlepas dari jajahan orang putih

2. Bekas Yang DiPertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136

3. Masuk PAS pada tahun 1956

4. Pernah menjadi pesuruhjaya PAS Selangor dari tahun 1970-an hingga 1974

5. Pernah bertanding dalam PRU pada 1969 menentang Tun Abdul Razak di Pekan

6. Merupakan petugas sepenuh masa di pejabat agung PAS semenjak 1964 hingga 1974

7. Menjadi guru agama dan pendakwah terkenal di Lembah Kelang semenjak 1960-an hingga 2014

Sumber: Jabatan Arkib PAS

Marilah kita sama-sama mendoakan roh areah di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

No comments: