Walaupun sedikit yang digesel tetapi apabila melihatnya sakit juga mata. Namun saya tetap reda' dan belajar menerimanya sebagai ketentuan Allah swt. Semoga Allah swt menjauhkan kemalangan yang lebih besar dan kemalangan kecil ini hanya sebagai penampannya sahaja. Saya merasakan geselan ini berlaku semasa di tempat parkir kenderaan di Jabatan saya. Dan ianya berlaku pada hari Khamis bersamaan 30 Januari 2014.
Melihat kepada bukti yang tertinggal pada kereta saya mungkin kenderaan yang menggeseknya adalah kereta berwarna putih. Tak apalah syukur sahaja dengan ketentuan Allah swt yang tidak melibatkan nyawa manusia. Reda' dengan takdirnya semoga Allah swt menambah kepada yang lebih baik dan sempurna. Ameen...
No comments:
Post a Comment